Share |

Factors Influencing Physical Activity in Pregnancy: A Systematic Review

Review article

Abstrak

Kekurangan aktiviti fizikal sewaktu kehamilan boleh menyebabkan komplikasi yang tidak diingini kepada ibu dan juga kandungan seperti penyakit kencing manis dan darah tinggi sewaktu kehamilan dan juga depresi selepas bersalin. Oleh sebab itu, adalah penting untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi aktiviti fizikal semasa kehamilan untuk merancang dan melaksanakan program intervensi terhadap golongan yang berisiko tinggi ini. Artikel jurnal tentang faktor yang mempengaruhi aktiviti fizikal semasa kehamilan telah dicari dengan menggunakan pangkalan data Pub Med dan Ovid, dari 2014 sehingga 2019. Artikel terpilih telah disemak oleh dua pengarang dan dinilai secara kritis menggunakan Mixed Method Assessment Tool 2018. Sebanyak 16 artikel telah dipilih. Faktor-faktor yang mempengaruhi aktiviti fizikal secara positif semasa kehamilan ialah berseronok, status ekonomi yang lebih tinggi, trimester awal dan berat badan yang lebih tinggi. Manakala faktor yang mempengaruhi aktiviti fizikal secara negatif semasa kehamilan ialah kekurangan pengetahuan, kekurangan sokongan sosial, mempunyai anak lebih dari seorang, kesakitan dan ketidakselesaan fizikal, status etnik minoriti, dan kebimbangan terhadap keselamatan bayi. Walaupun berseronok merupakan salah satu pendorong aktiviti fizikal yang paling banyak dilaporkan semasa kehamilan, penyebab yang mendorong kepada kekurangan aktiviti fizikal sewaktu kehamilan yang paling banyak dilaporkan adalah kekurangan pengetahuan. Selain itu, sokongan sosial daripada rakan dan keluarga juga memainkan peranan penting dalam menggalakkan ibu hamil untuk bergiat aktif. Kajian sistematik ini menekankan keperluan untuk menambah baik program pendidikan kesihatan sedia ada mengenai aktiviti fizikal semasa kehamilan, yang sepatutnya diperluaskan dan disasarkan kepada keseluruhan komuniti, tidak tertakluk kepada golongan wanita hamil  itu sahaja bagi memastikan penerimaan dan keberkesanan yang lebih tinggi.

Abstract

Lack of physical activity in pregnancy may lead to poor maternal and perinatal outcomes including gestational diabetes, hypertensive disorders and postpartum depression. Given these risks, identifying factors that influence physical activity in pregnancy is crucial to planning and implementing appropriate interventional programmes and managing this vulnerable group. Peer reviewed articles on factors influencing physical activity in pregnancy were searched using the Pub-Med and Ovid databases, from 2014 to 2019. The selected articles were reviewed by two authors and critically appraised using the Mixed Methods Assessment Tool 2018. A total of 16 articles were included. Factors that positively influenced physical activity in pregnancy were fun, higher economic status, early trimester, and higher body weight. Factors that negatively influenced physical activity in pregnancy were lack of knowledge, lack of social support, multiparity, physical pain and discomfort, ethnic minority status, and concern for the safety of the baby. Fun was one of the most reported motivators of physical activity in pregnancy, and the most reported reason for reduced physical activity was lack of knowledge. Additionally, social support from friends and family played an important role in encouraging pregnant women to be active. This systematic review highlights the need to improve current health education programmes for physical activity in pregnancy, which should ideally be extended and targeted to the whole community, beyond pregnant women themselves for better uptake and acceptance.