Share |

Effectiveness of Home Care Nursing Program (HCNP) on The Activities of Daily Living of Stroke patients

Original article

Abstrak

Program Jagarawatan Di Rumah (HCNP) di HUKM dimulakan dalam tahun 1998 dan penilaian program ini diperlukan. Tujuannya ialah untuk menilai keberkesanan Program Jagarawatan Di Rumah ke atas rehabilitasi strok di HUKM. Satu kajian retrospektif telah dijalankan. Satu rekabentuk padanan pasangan (matched pair) ke atas 69 orang pesakit strok yang dimasukkan ke HUKM dari bulan Ogos 1998 hingga Disember 2000 disediakan. Peserta kajian terdiri dari kumpulan HCNP (n=35), dan Non-HCNP (n=34). Padanan dibuat berdasarkan lima kriteria; umur, jantina, bangsa, tarikh kemasukan, dan keterukan ketidakupayaan pesakit. Kumpulan HCNP telah dikenalpasti melalui data yang diperolehi dari unit HCNP dan rekod perubatan mereka dikesan. Bagi kumpulan Non-HCNP pula, peserta dikenalpasti berdasarkan kriteria yang sama dengan kumpulan HCNP. Pada kriteria yang dikenalpasti, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kedua-dua kumpulan. Aktiviti kehidupan harian (ADL) diukur menggunakan ‘Modified Barthel Index’ sebanyak dua kali; semasa kemasukan (berasaskan rekod) dan selepas strok. Uijan-t digunakan untuk data parametrik dan khi-kuasa dua bagi data non-parametrik untuk mengesan hubungan signifikan skor antara dua kumpulan. Hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan (p=0.1990) dalam aktiviti kehidupan harian (ADL) semasa kemasukan dan pos strok ADL antara kedua kumpulan. Walaubagaimana pun, terdapat perbezaan signifikan (HCNP p=0.000 dan Non-HCNP, p=0.000) dalam ADL semasa kemasukan dan pos strok bagi pesakit yang mendapatkan rawatan alternatif jika dibandingkan dengan pesakit yang tidak mendapat rawatan alternatif.

Abstract

Home Care Nursing Program (HCNP) at HUKM was started in 1998 and
evaluation of the program was required. The objective of this study is to evaluate the effectiveness of HCNP on stroke rehabilitation at HUKM. A retrospective study using a matched pair design involving 69 stroke patients admitted to HUKM from August 1998 to December 2000 was carried out. The participants of this study were the HCNP group (n=35), and Non- HCNP (n=34). The matching was based on five criteria; age, sex, race, data of admission and severity of disability. The HCNP group was identified through data at the HCNP unit and their medical reports were traced. For the Non-HCNP group, the participants were identified based on criteria which were similar to that of the HCNP group. Based on the criteria identified, there was no significant difference between the two groups. The Activities of Daily Living was measured using the Modified Barthel Index twice; once on admission (based on record) and one post stroke. The t-test was applied to parametric data and non-parametric data; Chi-square was used to detect any significant relationships between the scores of the two groups. Results showed no significant difference (p=0.1990) in ADL on admission and ADL post stroke patients between the two groups. However, there were significant difference (HCNP p=0.000 and Non-HCNP p=0.000) in ADL on admission and post stroke for stroke patients who sought alternative treatment compared to those who had not.