Share |

Early Life Nutrition during the First 1000 Days from a Malaysian Perspective

Tempoh 1000 hari pertama kehidupan bermula dari kandungan dalam rahim sehinggalah hari jadi anak tahun yang kedua, merupakan fasa penting dalam perkembangan manusia. Kertas ulasan ini menegaskan kepentingan tempoh kritikal ini dalam satu analisis komprehensif demi menerokai kesan pelbagai aspek pemakanan melalui tiga fasa yang berbeza iaitu tempoh kehamilan, tempoh penyusuan susu ibu dan tempoh pengenalan makanan pelengkap. Dalam tempoh kehamilan, indeks jisim badan ibu merupakan faktor penting yang mempengaruhi kesihatan ibu dan anak. Pemakanan yang optimum, termasuk mikronutrien penting seperti asid folik, zat besi, iodin, dan vitamin D, adalah penting untuk mengurangkan risiko seperti kecacatan tiub neural dan gangguan berkaitan yang masih menjadi masalah kesihatan di Malaysia. Penyusuan susu ibu eksklusif dalam enam bulan pertama lepas lahir adalah penting untuk perkembangan kognitif dan sistem imun kanak-kanak. Permulaan makanan pelengkap pada masa yang tepat juga sangat penting untuk mencegah masalah obesiti kanak-kanak dan mengurangkan masalah kekurangan zat makanan. Kertas ulasan ini membincangkan kepentingan dan peranan kritikal nutrisi seimbang dalam tempoh 1000 hari pertama kehidupan. Kertas ini juga mengupas situasi semasa dan menggariskan strategi serta intervensi untuk memastikan kanak-kanak mendapat nutrisi yang mencukupi dalam fasa yang penting ini dalam konteks di Malaysia.

The first 1000 days of life, encompassing the period from conception to a child’s second birthday, represents a pivotal phase in human development. This review paper highlighted the importance of this critical window with a comprehensive analysis exploring the multifaceted impact of nutrition during the three distinct phases: the pregnancy-intrauterine period, early infancy-breastfeeding period, and early childhood-complementary feeding period. Within the pregnancy-intrauterine period, the maternal body mass index emerges as a crucial factor, directly affecting the well-being of both mother and child. Optimal nutrition, including essential micronutrients such as folic acid, iron, iodine, and vitamin D, are imperative to mitigate the risk of neural tube defects and related disorders, which remain a concern in Malaysia. Exclusive breastfeeding during the initial six months of life is identified as a cornerstone of infant development, nurturing both the child’s cognitive abilities and immune system. Timely introduction of complementary foods is equally vital, acting as a safeguard against childhood obesity and undernutrition. This review paper provided an in-depth examination of the importance and critical role of nutrition in the first 1000 days of life. It further outlined the current status, recommended strategies and interventions to improve child nutrition during this crucial phase in the Malaysian context.