Share |

Difficult Intubation in Pediatric Due to Vocal Cord Granuloma: A Case Report

Case report

Abstrak

Granuloma pita suara (VCG) ialah luka benign laring yang biasa terjadi. Penyebab umum pada golongan dewasa ialah intubasi atau iritasi yang berpanjangan serta kecederaan pada pita suara. Dari segi pengurusan saluran pernafasan, VCG boleh menyebabkan kesulitan intubasi. Kami melaporkan satu kes berkenaan VCG semasa intubasi. Kajian ini melaporkan seorang bayi perempuan berusia 4 bulan, dengan diagnosis hernia diafragma berulang. Dia telah diintubasi kerana kemungkinan kolaps pernafasan yang akan berlaku sebelum pembedahan. Intubasi berjaya dilakukan dengan ukuran tiub endotrakeal (ETT) yang lebih kecil, iaitu 3Fr dengan stylet pada percubaan ketiga oleh intensif pediatrik. Laringoskop dilakukan selepas pembedahan. Hasilnya ialah granuloma terlihat di kedua-dua komisura posterior. Dalam kes ini, bayi tidak menunjukkan tanda atau gejala VCG. Walau, bagaimanapun, dia berisiko untuk mendapat VCG memandangkan sejarah intubasi untuk pembedahan pertama hernia diafragma dan kemungkinan refluks laringofaring akibat hernia tersebut. Kesulitan intubasi seharusnya dijangka pada pesakit tersebut memandangkan sejarah intubasi dan refluks laringofaring.

Abstract

Vocal cord granuloma (VCG) is a benign laryngeal lesion. Common causes in adult are prolonged intubation or irritation as well as injury to vocal cord. In term of airway management, VCGs may lead to difficult intubation. We reported a case scenario of VCG during rapid sequence induction. A 4-month-old baby girl, with a diagnosis of recurrent diaphragmatic hernia. She was intubated for impending respiratory collapse prior to operation. Successful intubation with smaller endotracheal tube (ETT) size 3Fr with stylet at 3rd attempts by pediatric intensivist. Direct laryngoscope was done post operation. Finding was granuloma noted over the both posterior commissures. In the present case, the 4-month-old baby had no sign and symptom of vocal cord granuloma. However, she was at risk of develop VCG in view of the history of intubation for first operation of diaphragmatic hernia and possibility of laryngopharyngeal reflux due to the hernia. Difficult airway should be anticipated in this patient in view of the history of intubation and laryngopharyngeal reflux.