Share |

A Cross-Sectional Survey of Employment Status in Patients with Schizophrenia and its Association with Caregivers’ Burden and Quality of Life

Original article

Abstrak

Pekerjaan di kalangan pesakit dengan skizofrenia mempengaruhi penyembuhan mereka secara positif. Di dalam peranan sokongan mereka, beban dan kualiti kehidupan penjaga pesakit turut dipengaruhi oleh status pekerjaan pesakit. Kajian ini bertujuan untuk meneliti hubungan di antara status pekerjaan pesakit skizofrenia dengan beban dan kualiti hidup penjaga mereka. Ini merupakan satu kajian keratan rentas di kalangan penjaga utama bagi pesakit yang memenuhi kriteria diagnostik DSM-IV-TR untuk skizofrenia dan berada di bawah rawatan susulan pesakit luar atau rawatan komuniti di Hospital Bahagia Ulu Kinta. Data sosiodemografik, termasuk status pekerjaan pesaki telah dikumpulkan. Soal selidik Burden on Family Interview Schedule (BFS) dan 36-Item Short Form (SF-36) masing-masing digunakan untuk menentukan beban dan kualiti hidup penjaga. Seramai 201 penjaga utama pesakit skizofrenia terlibat dalam kajian ini. Beban penjaga terutamanya dialami dalam aspek kewangan dan rutin aktiviti keluarga. Terdapat hubungan yang signifikan di antara status pekerjaan pesakit (p<0.001), gaji (p<0.001), jangkamasa pekerjaan (p<0.001), dan jenis pekerjaan (p<0.001) dengan tahap beban penjaga. Penjaga bagi pesakit yang bekerja juga mempunyai kualiti hidup yang lebih baik dari segi kesihatan mental dengan skor komponen mental yang lebih tinggi untuk SF-36 (skor purata: 51.83) berbanding dengan kumpulan yang tidak bekerja (skor purata: 47.99, p<0.001). Program sokongan pekerjaan untuk pesakit skizofrenia juga memanfaatkan penjaga mereka dengan mengurangkan beban dan meningkatkan kualiti hidup mereka.

Abstract

Employment among patients with schizophrenia is known to positively influence patients’ recovery. In their crucial supporting role for patients, caregivers’ burden of care and quality of life may also be influenced by the employment status of patients. This study aimed to investigate the association between employment among patients with schizophrenia and burden and quality of life (QOL) of their caregivers. It was a cross-sectional survey among the primary caregivers of patients meeting DSM-IV-TR’s diagnostic criteria for schizophrenia who were under outpatient or community care at Hospital Bahagia Ulu Kinta. Socio-demographic data, including patients’ employment status, were collected. The Burden on Family Interview Schedule (BFS) and the 36-Item Short Form (SF-36) questionnaires were used to evaluate caregiver burden and quality of life, respectively. Altogether, 201 primary caregivers of patients with schizophrenia participated. Most caregiver burden was experienced in the aspects of finance and routine family activities. There was significant association between patient employment status (p<0.001), salary (p<0.001), duration of employment (p<0.001), and type of employment (p<0.001) with the level of caregiver burden. Caregivers of employed patients also had better QOL in the mental health aspect with significantly better mental component scores for SF-36 compared to the unemployed group (mean scores: 51.83 vs. 47.99, p<0.001). Supported employment programmes for patients with schizophrenia may also benefit their caregivers by reducing burden and improving quality of life.