Share |

Correlation of Corneal Thickness Measurements Between Tono-pachymeter and Scheimpflug-Placido Topography

Original article

Author

Abstrak

Pengukuran ketebalan kornea pusat (CCT) adalah penting untuk diagnosis, rawatan dan perancangan pembedahan dalam oftalmologi. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat sama ada pengukuran CCT yang diambil dengan Tono-pachymeter dan Topografi Scheimpflug-Placido mempunyai sebarang perbezaan yang signifikan. Pengukuran Tono-pachymeter dan CCT topografi telah diambil (n=400). Persetujuan antara pengukuran ditentukan menggunakan analisis Plot Bland-Altman. Kumpulan umur juga dibahagikan kepada kumpulan 1 (berumur 18-50 tahun, 94 lelaki, 106 perempuan) dan kumpulan 2 (umur >51 tahun, 100 lelaki, 100 perempuan). Min CCT diukur dengan Tonopachymeter dan topografi adalah 563.77 + 26.43 dan 560.88 + 26.341 mikron. Analisis Plot Bland-Altman menunjukkan secara keseluruhan, 13  melebihi had atas dan 5 di bawah had minimum persetujuan dengan analisis regresi tidak menunjukkan hubungan yang signifikan (p=0.213). Kumpulan 1 mempunyai 7 di atas dan 2 di bawah dari had persetujuan. Kumpulan dua mempunyai 9 di atas dan 2 di bawah dari had persetujuan. Kedua-dua kumpulan menunjukkan perbezaan yang tidak signifikan (p=0.07 dan p=0.86). Tono-pachymeter dan Topografi Scheimpflug-Placido memberikan hasil CCT yang boleh dipercayai antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, oleh kerana had julat persetujuan masih boleh mempengaruhi penilaian seseorang pesakit, kami mengesyorkan klinik yang menggunakan kedua peralatan ini untuk tidak menukar pengukuran semasa penggunaan.

Abstract