Share |

A Comparative Study of Different Induction Techniques (Propofol-Placebo, Propofol-Ephedrine and Propofol-Placebo-Crystalloid) on Intubating Conditions after Rocuronium Administration

Original article

Abstrak

Ini adalah kajian terkawal rawak rabun berganda prospektif, untuk membandingkan keadaan intubasi pada 60 saat dengan rocuronium sebanyak 0.6 mg/kg menggunakan tiga teknik induksi: propofol-placebo(PP), propofol-ephedrine(PE) dan propofol-placebo crystalloid(PC).Sembilan puluh pesakit telah dipilih, dan menerima secara rawak salah satu daripada teknik di atas. Induksi dilakukan dengan memberikan fentanyl 2 µg/kg, diikuti dengan sama ada propofol 2.5 mg/kg dan normal saline plasebo (kumpulan PP dan PC) atau propofol 2.5 mg/kg dan ephedrine 70 µg/kg (kumpulan PE) dalam masa 30 saat. Selepas itu rocuronium 0.6 mg/kg diberikan dan intubasi trakea dilakukan selepas 60 saat. Keadaan intubasi boleh diterima secara klinikal dalam semua pesakit kecuali empat pesakit dari kumpulan propofol-placebo. Kadar intubasi yang terbaik adalah paling tinggi dalam kumpulan PE (94%) diikuti oleh kumpulan PC (81%)dan terendah pada kumpulan PP (50%). Kesimpulannya, induksi dengan menggunakan propofol-ephedrine dan propofol-placebo-crystalloid memberikan keadaan intubasi yang lebih baik daripada propofol-placebo apabila rocuronium 0.6 mg/kg digunakan untuk intubasi pada 60 saat.

Abstract

This was a prospective randomized double blind controlled study to compare intubating conditions at 60 seconds with rocuronium 0.6 mg/kg by using three different induction techniques: propofol-placebo (PP), propofol-ephedrine (PE) and propofol-placebo-crystalloid (PC). Ninety patients were included and randomly allocated to receive one of the three combinations. The patients were induced using fentanyl 2 µg/kg, followed by propofol 2.5 mg/kg with normal saline as placebo (Group PP and Group PC) or ephedrine 70 µg/kg (Group PE) given over 30 seconds. Subsequently, rocuronium 0.6 mg/kg was given over five seconds and endotracheal intubations were performed 60 seconds later. Intubating conditions were clinically acceptable in all patients except in four patients in PP group, who had poor intubating conditions. The proportion of excellent intubating conditions was significantly highest in Group PE (94%) followed by Group PC (81%) and lowest in Group PP (50%). In conclusion, induction with propofol-ephedrine and propofol-placebo-crystalloid combinations provided significantly better intubating conditions than propofol alone, when rocuronium 0.6 mg/kg was used for intubation at 60 seconds.