Share |

Age Estimation by Using Aspartic Acid Racemization from Purified Elastin of Aorta

Review article

Abstrak

Penganggaran umur dalam pemprofilan biologi adalah penting dalam pengenalpastian mangsa dalam bidang forensik. Penggunaan kaedah biokima yang dikenali sebagai peraseman asid aspartik dalam manusia adalah lebih jitu dan memberi ralat yang lebih kecil dalam pengaggaran umur. Semasa penuaan, asid amino dalam protein bertukar di antara format D dan L (peraseman) dan kandungan asid amino-D meningkat. Perubahan ini adalah selaras dengan penuaan. Peraseman asid aspartik digunakan secara lumrah kerana proses perasemannya yang paling cepat. Peraseman asid aspartik berlaku bukan sahaja pada gigi dan pelbagai tulang, tetapi juga pada struktur mudah lentur yang mengandungi banyak elastin. Sebagai contoh, ia berlaku di ligamen kuning kulit, parakima peparu dan aorta. Elastin merupakan protein penting yang terkandung dalam beberapa struktur dan ia merupakan kandungan penting dalam fiber elastik. Tambahan pula, elastin, dengan kadar metaboliknya yang rendah, adalah protein yang paling tahan lama di dalam badan. Kebelakangan ini, teknik penulenan protein untuk mendapatkan satu protein dalam aorta manusia telah dibangunkan. Terdapat korelasi yang baik di antara kadar peraseman (nisbah D/L) dan umur. Maka, peraseman asid aspartik dengan menulenkan elastin dari aorta merupakan penanda penganggaran umur. Ulasan ini memberi gambaran keseluruhan tentang peraseman asid aspartik, protein elastin, teknik penulenan berlandaskan peraseman dan penggunaan nisbah D/L daripada penulenan elastin dari arteri untuk penganggaran umur.

Abstract

Age estimation is the one of biological profiles which plays an important role in identification  in  forensic  field.  The  application  of  biochemical  approach  known as  aspartic  acid  racemization  in  human  provides  more  accuracy  and  less  error of estimated age in age determination. During aging, amino acids within protein transform  between  D-and  L-form  (racemization),  which  results  in  increasing concentration of D-amino acids.  This change of amino acids is related to aging. Aspartic  acid  has  been  generally  applied  in  racemization  because  it  has  fastest rate of racemization. Racemization of aspartic acid not only takes place in teeth and  many  kinds  of  bone,  but  also  can  occur  in  the  flexible  structure  which contain mostly elastin. For example, skin yellow ligament, lung parenchyma, and aorta. Elastin is essential protein which is comprised most composition of several structures and it is major content in the elastic fibers. Additionally, elastin is the longest  lasting  protein  in  the  body  with  slow  metabolic  turnover  rate.  Recently, there  is  a  purification  technique  to  obtain  only  single  protein  in  human  aorta. There was a good correlation between degree of racemization (D/L ratio) and age.Therefore,  aspartic  acid  racemization  by  purifies  elastin  from  aorta  is  a  one  of indicator  for  age  estimation.This  review  provides  an  overview  of  aspartic  acid racemization, elastin protein, purification method bases on racemization and the application of D/L ratio by purified of elastin in artery for age estimation.