Share |

Acute mastoid abscess secondary to partially treated upper respiratory tract infection. A case report

Case report

Abstrak

Abses mastoid akut selalu ditemui dalam kerja seharian. Jangkitan ini sering berlaku di kalangan kanak-kanak terutama apabila rawatan yang diberikan tidak berkesan atau rawatan yang diberikan tidak mencukupi untuk menyembuhkan jangkitan tersebut. Be­berapa penulis telah melaporkan bahawa otitis media kronik supuratif mungkin boleh menjadi punca jangkitan tetapi biasanya disebabkan kehadiran ‘cholesteatoma’. Di sini, dilaporkan kanak-kanak perempuan berumur 7 tahun yang telah mengalami ab­ses mastoid akut. Kanak-kanak tersebut datang dengan pembengkakan belakang telinga kiri dan kesakitan telinga kiri yang teruk selama 3 hari. Dia juga didapati meng­alami demam. Pemeriksaan telinga kirinya menunjukkan pembengkakan di belakang telinga dan dinding posterior lubang telinganya. Dia telah menjalani pembedahan ke­cemasan mastoid kortikal untuk mengeluarkan nanah dan beliau telah sembuh sepe­nuhnya. Kesimpulannya pesakit ini telah mendapat rawatan antibiotik yang tidak men­cukupi yang meningkatkan risiko beliau untuk menghidapi gejala mastoiditis yang tersembunyi.  Ini akhirnya mengakibatkan beliau mendapat abses mastoid. Sehu­bungan dengan itu kami mencadangkan agar semua pesakit yang mengidapi otitis media akut perlulah mendapat rawatan antibiotik selama sekurang-kurangnya se­minggu.

Abstract

Acute mastoid abscess is common in daily practice. In children, it is usually caused by unsuccessful treatment or partially treated acute otitis media (AOM). Some authors had reported that chronic suppurative otitis media (CSOM) can be the source of infection but it is usually associated with the presence of cholesteatoma. A case of an acute mastoid abscess in a 7 year old girl is presented. She had a history of severe otalgia with left post auricular swelling for 3 days. Clinically she was febrile, the left otoscopy showed diffuse post auricular swelling and sagging of the posterior wall of the external canal. She underwent an emergency cortical mastoidectomy for the left mastoid abscess and had an uneventful recovery. In conclusion, this patient was partially treated with antibiotics which increased the risk for ‘masked mastoiditis’, and she later developed a mastoid abscess. Therefore we advocate that all AOM patients should be treated with antibiotics at least for a duration of one week.