Abstrak
Setiap individu mempunyai sifat keperibadian sendiri dan ia adalah penting dalam menangani tekanan dan masalah dalam kehidupan seharian. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara Big Five Personality Traits dengan mekanisma mengatasi tekanan di kalangan pelajar perubatan tahun akhir Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Dalam kajian keratan rentas ini, 152 pelajar perubatan tahun akhir kumpulan 2017/2018 dipilih secara rawak, tidak termasuk mereka yang mempunyai penyakit kronik, berkahwin dan mengulang tahun akhir. Soal selidik yang digunakan ialah Big Five Personality Inventori dan 12-Item Soal Selidik Kesihatan Diri. Soalan terbuka digunakan untuk menentukan bagaimana responden mengatasi tekanan mereka. Data dianalisa dengan menggunakan SPSS 20.0. Agreableness adalah sifat keperibadian yang paling banyak digambarkan di kalangan pelajar, sedangkan Openess to Experience adalah yang paling sedikit. Ciri-ciri Big Five Personality Traits mempunyai kaitan yang signifikan dengan mekanisme mengatasi tekanan (p=0.016; p<0.05). Dalam mengatasi tekanan, pelajar yang mempunyai keperibadian Neuroticism didapati menggunakan mekanisme mengelak dari masalah yang dihadapi, manakala pelajar dengan keperibadian Extraversion mengamalkan mekanisma aktif dalam mengatasi tekanan. Terdapat perbezaan yang signifikan dalam jumlah skor stres dengan sifat keperibadian setiap individu (p<0.001; p<0.05). Walau bagaimanapun, ciri Big Five Personality Trait dan tahap tekanan seseorang pelajar tidak menunjukkan keputusan yang signifikan terhadap prestasi akademik dengan nilai p 0.359 (p>0.05) dan 0.94 (p>0.05). Mengetahui personaliti sendiri amat bermanfaat bagi pelajar perubatan tahun akhir dalam mengenal pasti mekanisme pencegahan yang paling berkesan untuk mengurangkan tekanan mereka sewaktu bergelar pelajar perubatan.
Kata Kunci :
ciri keperibadian,
dewasa,
gangguan emosi,
mekanisme mengatasi tekanan,
pelajar perubatan,