Abstrak
Walaupun bukti menunjukkan rehabilitasi secara tersusun meningkatkan fungsi keseluruhan, kewujudan rehabilitasi secara berterusan dari hospital ke komuniti masih lagi belum direalisasikan. Perkhidmatan ini seharusnya mengambilkira pelbagai jenis ketidakupayaan and keperluan pesakit-pesakit strok itu sendiri. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan perkhidmatan pesakit luar rehabilitasi pelbagai displin untuk pesakit strok di dalam komuniti. Pesakit yang telah didiscaj dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia selepas mengalami serangan strok akut dirujuk kepada Klinik Strok Bersepadu Rehabilitasi (KSBR). Pesakit strok diberikan program bersifat individu yang berpandukan masalah pesakit serta menggunakan aktiviti berpandukan perkerjaan bagi mencapai objektif yang ditetapkan. Pesakit dipantau secara berkala samada sehingga cukup 2 tahun didalam program, ataupun sehingga mereka boleh kembali berdikari dikomuniti. Pemantauan di lakukan menggunakan ‘Modified Barthel Index’ (MBI) dan ‘Berg Balance Scale’ (BBS). Seramai 68 pesakit dirawat di KSBR selama 2 tahun, dengan purata umur 62.4 tahun (SD 12.4); purata tempoh telah menghidap strok semasa pemeriksaan pertama di KSBR ialah 11.5 bulan (SD 11.9). Majoriti pesakit (67.4%) mendapat samada dua atau tiga jenis intervensi rehabilitasi. Pengukuran MBI dan BBS menunjukkan peningkatan berkesan dalam masa 12 bulan (nilai p 0.006 dan 0.017). KSBR membuktikan intervensi rehabilitasi secara tersusun berfaedah untuk meningkat fungsi fizikal dan keseimbangan badan pesakit-pesakit strok.
Kata Kunci :
multidisiplinari,
pas-discaj,
pesakit luar,
rehabilitasi,
strok,