Prevalence and Outcomes of Night-Time Discharges from Intensive Care Unit of a Teaching Hospital
Outcomes of Night-time ICU Discharges
Abstract
This prospective study determined the prevalence of night-time discharges from intensive care unit (ICU), compared the patient outcomes between night-time and daytime ICU discharges and identified factors affecting the patient outcomes. We included alive discharged ICU patients between 1st December 2020 to 31st October 2021 and excluded those who were issued do-not-resuscitate order or readmitted after 72 hours of ICU discharge. We grouped the patients into night-time discharges, which occurred between 1700 and 0759 the next day, or daytime discharges, which occurred between 0800 and 1659 of the same day. We analysed data of 205 patients which showed 116 patients (56.6%) we discharged at night-time. Patient outcomes were similar when we compared them with the timing of ICU discharges. Among the night-time discharges, the readmission rates were affected by the availability of post ICU follow up (p=0.002); the rates of hospital stays longer than 10 days after ICU discharge were affected by the need for bed mobilisation to accommodate acute ICU admission (p=0.021); the in-hospital mortality rates were affected by poorly controlled infection source (p=0.004), need for bed mobilisation (p=0.001) and availability of post ICU follow-up (p=0.01). In conclusion, the timing of ICU discharges did not affect the patient outcomes.
Keywords :
Intensive care unit; night-time discharges; outcomes; prevalence; teaching hospital ,
Abstrak
Kajian prospektif ini menentukan prevalens discaj dari unit rawatan rapi (ICU) pada waktu malam, membandingkan kesan kepada pesakit apabila didiscaj dari ICU pada waktu malam serta waktu siang dan mengenal pasti faktor yang mempengaruhi kesan kepada pesakit. Kajian ini melibatkan pesakit yang didiscaj hidup dari ICU dan mengecualikan mereka yang dikeluarkan perintah jangan-resusitasi atau dimasukkan semula ke ICU selepas 72 jam setelah keluar dari ICU. Pesakit dikumpulkan ke dalam kumpulan discaj waktu malam yang berlaku di antara pukul 1700 dan 0759 keesokan harinya atau kumpulan discaj siang hari yang berlaku antara pukul 0800 dan 1659 pada hari yang sama. Kadar kemasukan semula ke ICU, tempoh tinggal di hospital melebihi 10 hari setelah discaj dari ICU, dan kadar kematian yang berlaku d hospital telah dibandingkan. Data 205 pesakit telah dianalisis dan 116 pesakit (56.6%) telah di discaj pada waktu malam. Kesan kepada pesakit adalah setanding apabila perbandingan dibuat antara waktu discaj dari ICU. Antara pesakit yang didiscaj pada waktu malam, kadar kemasukan semula terjejas dengan ketara oleh ketersediaan penjagaan susulan selepas ICU (p=0.002); kadar tempoh tinggal di hospital lebih dari 10 hari setelah discaj ICU terkesan secara ketara dengan keperluan mobilisasi katil untuk menampung kemasukan akut ICU (p=0.021); kadar kematian di hospital berkaitan secara ketara dengan sumber jangkitan yang tidak dikawal (p=0.004), keperluan untuk mobilisasi katil (p=0.001) dan ketersediaan penjagaan susulan selepas ICU (p=0.01). Kesimpulannya, masa discaj dari ICU tidak menjejaskan kesan kepada pesakit ketika berada di hospital.
Kata Kunci :
Discaj di waktu malam; hospital pengajar; kelaziman; unit rawatan intensif,
Correspondance Address
Associate Professor Dato’ Dr. Wan Rahiza Wan Mat. Department of Anaesthesiology and Intensive Care, Faculty of Medicine, Universiti Kebangsaan Malaysia, Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur, Malaysia. Tel: +6019-2787493 Email: docaweng@yahoo.com