Personality Traits and Anxiety among Patients with Female Sexual Dysfunction in Health Clinics in Malaysia

Personality Traits in Female Sexual Dysfunction
Vol. 20 No. 1 : 2025 (183-200)

Wan Saffana Wan Mohtar Wan Saffana Wan Mohtar
Nurul Azreen Hashim Nurul Azreen Hashim
Suthahar Ariaratnam Suthahar Ariaratnam
Leny Suzana Suddin Leny Suzana Suddin
Hatta Sidi Hatta Sidi

Abstract
Female sexual dysfunction (FSD) is a common disorder that can affect females worldwide. There is limited data available about its relationship with personality traits and other factors. This research aimed to determine the prevalence of FSD in health clinics and its association with personality traits and generalised anxiety disorder (GAD). It was a cross-sectional study involving three health clinics in Melaka. The socio-demographic data was acquired from the respondents. The instruments used were Validated Malay version of Female Sexual Function Inventory (MVFSFI), Big Five Inventory (BFI) and GAD-7. These were used to assess respondent FSD, personality traits and screen for GAD symptoms. A total of 362 respondents were analysed. The prevalence of FSD was 10.5% while prevalence of GAD was 11.3%. Sexual desire disorder scored the highest prevalence which was 23.5%. Multivariable analysis showed that lower sexual frequency (p=0.023, AOR 4.32) and age group ≥40 years (p=0.006, AOR 4.11), no tertiary education (p=0.016, AOR 2.62) and neuroticism personality traits (p=0.001, AOR 2.78) were predictors of FSD. Neuroticism, older age, lower sexual frequency and lower education were associated with FSD but not GAD. Further research is paramount in understanding how GAD affects FSD patients for a more holistic treatment approach.
Keywords : Anxiety; female sexual dysfunction; personality traits,
Abstrak
Disfungsi Seksual Wanita (FSD) ialah sejenis penyakit yang biasa yang boleh memberi kesan kepada wanita di seluruh dunia. Terdapat data yang terhad mengenai hubungannya dengan ciri-ciri personaliti dan faktor-faktor lain. Kajian ini bertujuan untuk menentukan prevalens FSD di klinik-klinik kesihatan dan hubungannya dengan ciri-ciri personaliti dan gangguan keresahan umum (GAD). Ia merupakan sebuah kajian rentas yang melibatkan tiga buah klinik kesihatan di Melaka. Data sosio-demografi telah didapati dari responden. Soal-selidik yang digunakan ialah Inventori Fungsi Seksual Wanita Versi Bahasa Melayu (MVFSFI) yang telah divalidasi, Inventori ‘Big Five’ (BFI) dan Skala Gangguan Keresahan Umum-7 (GAD-7). Soal-selidik ini digunakan untuk penilaian FSD, ciri-ciri personaliti dan saringan gejala GAD. Sebanyak 362 responden telah dianalisa. Prevalens FSD ialah 10.5% manakala prevalens GAD ialah 11.3%. Gangguan keinginan seksual mencatatkan prevalen tertinggi sebanyak 23.5%. Analisis multivariat menunjukkan frekuensi seksual yang lebih rendah (p=0.023, AOR 4.32) dan kumpulan umur ≥40 tahun (p=0.006, AOR 4.11), tiada pendidikan tertiari (p=0.016, AOR 2.62) serta ciri-ciri personaliti ‘neuroticism’ (p=0.001, AOR 2.78) merupakan faktor-faktor jangkaan FSD. Sifat personaliti ‘neuroticism’, umur lebih tua, frekuensi seksual yang lebih rendah dan tahap pendidikan lebih rendah adalah berkait dengan FSD, tetapi tiada kaitan dengan GAD. Kajian lebih lanjut adalah penting untuk memahami bagaimana GAD boleh menjejaskan pesakit FSD di kalangan wanita di Malaysia untuk kaedah rawatan yang lebih holistik.
Kata Kunci : Disfungsi seksual wanita; keresahan; sifat personaliti,

Correspondance Address
Dr Nurul Azreen Hashim. Department of Psychiatry, Faculty of Medicine, Universiti Teknologi MARA, Sungai Buloh, Selangor, Malaysia. Tel: +6019 6699496 Email: azreen@uitm.edu.my