Abstrak
Penyalahgunaan dadah (psikoaktif) mempunyai kesan yang buruk, iaitu kesan biologi, psikologi, ekonomi, sosial atau perundangan. Di antara kesan biologi, kesannya terhadap fungsi seksual, terutamanya disfungsi ereksi (ED) pada lelaki tidak diketahui dengan mendalam. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan faktor risiko pesakit ED dengan penyalahgunaan dadah di Klinik Program Terapi Penyelenggaraan Methadone (MMTPC), Klinik Hospital Dr. Hasan Sadikin, Bandung, Indonesia. Reka bentuk kajian adalah secara deskriptif dengan reka bentuk keratan rentas dalam kalangan pesakit di MMTPC, Dr. Hasan Sadikin, Bandung, Indonesia. Kami memperolehi data ED melalui soal selidik "International Index of Erectile Function" (IIEF-5) secara swa-lapor. Berdasarkan 30 responden yang datang ke klinik, usia responden adalah antara 24-52 tahun, dengan min usia 40 tahun. Responden dengan bahan penggunaan dadah terlarang termasuk opioid (N = 27, 90%), ganja (N = 18, 60%), amfetamin (metamfetamin dan ekstasi) (N = 10, 33.3%), ubat benzodiazepin (N = 7, 23.3%), alkohol (N = 2, 6.7%) dan lain-lain (antidepresan dan subokson) (N = 2, 6.7%). Disfungsi ereksi berlaku pada 90% responden (n = 27) di mana 64% (n = 19) mempunyai gejala ED ringan, 23% (n = 7) ED ringan-sederhana, 3% (N = 1) ED sederhana, dan 10% (n = 3) tanpa ED. Tiada ED yang teruk dilaporkan. Responden tanpa penggunaan lebih dari satu dadah mempunyai darjah ED yang lebih rendah dengan skor IIEF-5 median 17.0 (IQR: 15.0 - 20.0) berbanding mereka yang mengambil pelbagai jenis dadah (skor Median = 20.0, IQR: 18.5 - 21.0). Responden yang melaporkan penggunaan ganja mempunyai skor IIEF-5 median yang lebih rendah 17.0 (IQR: 15.0 - 20.3), kurang permasalahan ED berbanding mereka yang mengambil pelbagai dadah (skor Median = 19.5, IQR: 19.0 - 21.0). Kami membuat analisa tambahan untuk mengenalpasti pembolehubah, seperti faktor umur, jumlah dan jenis penggunaan dadah dan tempoh penggunaan dadah serta perkaitannya dengan skor IIEF-5 yang rendah. Ujian pekali Spearman tidak menunjukkan sebarang korelasi yang signifikan antara faktor pembolehubah tadi dengan skor IIEF (p<0.05). Kesimpulannya, permasalahan ED yang tinggi pada pesakit yang menyalahgunakan dadah yang terlarang memerlukan programs terapi khas serta perhatian yang khusus dari pekerja kesihatan semasa sesi perundingan di MMTPC.
Kata Kunci :
Bandung,
Disfungsi ereksi,
Indonesia,
Jawa Barat,
penyalahgunaan bahan terlarang,