Abstrak
Akupunktur adalah sejenis perubatan tradisional yang telah diamalkan di China selama beribu-ribu tahun. Kesan sampingan akupunktur jarang dilaporkan dalam jurnal perubatan tempatan. Ini adalah laporan kes seorang pesakit yang mendapat pneumothorak pada dua-dua belah paru-paru selepas sesi akupunktur. Seorang pesakit wanita berumur enam puluh tiga tahun tanpa sejarah penyakit datang ke hospital mengadu sesak nafas setengah jam selepas sesi akupunktur dan urutan oleh pengamal perubatan tradisional. Dalam pemeriksaan badan pesakit itu, didapati bahawa dia bernafas dengan cepat dan terdapat kekurangan pengaliran udara ke dua-dua belah paru-paru. X-ray dada yang dibuat dengan segera menunjukkan bahawa terdapat pneumothorak pada kedua-dua belah paru-parunya. Tiub dada telah dimasukan untuk merawat pneumothorak tersebut. Pesakit telah pulih dan didiscaj dari hospital selepas lima hari dirawat. Dengan peningkatan populariti akupunktur di kalangan penduduk Malaysia, pengamal perubatan perlu meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mereka mengenai kesan sampingan terhadap amalan alternatif perubatan tersebut.
Kata Kunci :
akupunktur,
pneumothorak,
trauma,