Abstrak
Intravascular papillary endothelial hyperplasia (IPEH) atau Masson’s tumor merupakan sejenis proliferasi vaskular yang berkelakuan lebih kurang sama dengan tumor vaskular malignan yang lain. Sehingga kini, laporan kes ini merupakan kes tumor Masson uretra yang keempat yang pernah dilaporkan. Seorang wanita yang berusia 65, para 2 datang dengan pendarahan dari vagina selepas menopos. Satu ketumbuhan bersaiz 4x3x3 cm dijumpai di uretra meatus sewaktu pemeriksaan fizikal. Pesakit telah menjalani pemeriksaan di bawah bius dan ketumbuhan tersebut telah dibedah siasat. Tumor Masson telah dikenalpasti melalui pemeriksaan histopatologi. Diagnosis dan pengendalian kes luar biasa ini akan dibincang dalam laporan kes ini.
Kata Kunci :
angiosarcoma,
hiperplasia endothelia,
ketumbuhan uretra,
ketumbuhan vaskular,
tumor Masson,