Abstrak
Walaupun  bukti  menunjukkan  rehabilitasi  secara  tersusun  meningkatkan  fungsi keseluruhan, kewujudan rehabilitasi secara berterusan dari hospital ke komuniti masih lagi  belum  direalisasikan.  Perkhidmatan  ini  seharusnya  mengambilkira  pelbagai  jenis ketidakupayaan  and  keperluan  pesakit-pesakit  strok  itu  sendiri.  Kajian  ini  bertujuan untuk  mengkaji  kesan  perkhidmatan  pesakit  luar  rehabilitasi  pelbagai  displin  untuk pesakit  strok  di  dalam  komuniti.  Pesakit  yang  telah  didiscaj  dari  Pusat  Perubatan Universiti  Kebangsaan  Malaysia  selepas  mengalami  serangan  strok  akut  dirujuk kepada  Klinik  Strok  Bersepadu  Rehabilitasi  (KSBR).  Pesakit  strok  diberikan  program bersifat  individu  yang  berpandukan  masalah  pesakit  serta  menggunakan  aktiviti berpandukan  perkerjaan  bagi  mencapai  objektif  yang  ditetapkan.  Pesakit  dipantau secara berkala samada sehingga cukup 2 tahun didalam program, ataupun sehingga mereka  boleh  kembali  berdikari  dikomuniti.  Pemantauan  di  lakukan  menggunakan ‘Modified  Barthel  Index’  (MBI)  dan  ‘Berg  Balance  Scale’  (BBS).  Seramai  68  pesakit dirawat  di  KSBR  selama  2  tahun,  dengan  purata  umur  62.4  tahun  (SD  12.4);  purata tempoh  telah  menghidap  strok  semasa  pemeriksaan  pertama  di  KSBR  ialah  11.5 bulan  (SD  11.9).  Majoriti  pesakit  (67.4%)  mendapat  samada  dua  atau  tiga  jenis intervensi rehabilitasi. Pengukuran MBI dan BBS menunjukkan peningkatan berkesan dalam  masa  12  bulan  (nilai  p  0.006  dan  0.017).  KSBR  membuktikan  intervensi rehabilitasi  secara  tersusun  berfaedah  untuk  meningkat  fungsi  fizikal  dan keseimbangan badan pesakit-pesakit strok.
                  Kata Kunci :  
         multidisiplinari,  
          
          pas-discaj,  
          
          pesakit luar,  
          
          rehabilitasi,  
          
          strok,  
           
         
           
        
     
   
 
 
 
 
 
