Abstrak
Analgesia kawalan pesakit (PCA) melalui pam infusi membolehkan pesakit untuk mengawal analgesia mereka sendiri. Tujuan kajian ini adalah untuk menilai kesan program pendidikan analgesia kawalan pesakit (PCA) dari segi kesakitan pos pembedahan dan kepuasan pesakit dengan PCA selepas pembedahan ortopedik. Kajian bentuk kuasi-eksperimen pra dan pos rekaintervensi dengan pelaksanaan program pendidikan pesakit di PCA yang diberikan kepada 54 responden. Kumpulan kawalan diberi taklimat PCA konvensional dari protokol Acute Pain Service. Tahap kesakitan diukur pada 2 jam, 6 jam dan 24 jam selepas pembedahan dengan menggunakan ujian pra dan pos dari pada pra dan ujian pos dengan penggunaan “Revised American Pain Society Patient Outcome Questionnaire (APS-POQ-R)”. Hasil kajian menunjukkan perbezaan median respon tahap skor kesakitan oleh responden kawalan pada 2 jam, 6 jam dan 24 jam selepas pembedahan, ialah 7.00 (IQR = 3.00), 5.00 (IQR = 2.00) dan 3.00 (IQR = 2.00); kumpulan interventasi pada 2 jam, 6 jam dan 24 jam selepas pembedahan adalah 6.00 (IQR = 2.00), 3.00 (IQR = 1.00) dan 1.00 (IQR = 1.00). Terdapat perbezaan yang signifikan dalam median skor kesakitan antara kumpulan interventasi dan kumpulan kawalan bagi 2 (U = 142.0, p < 0.05) , 6 (U = 150.50 , p < 0.05) dan 24 (U = 120.00, p < 0.05) jam selepas pembedahan. Terdapat perbezaan statistik yang signifikan (p <0.05) dalam median tahap sakit pesakit di semua peringkat kesakitan biasa, kesakitan teruk, dan kesakitan yang amat teruk antara kumpulan interventasi dan kumpulan kawalan (kesakitan biasa, U = 219.50, p < 0.05, kesakitan teruk , U = 117.0, p < 0.05; kesakitan yang amat teruk, U = 49.0, p < 0.05). Kesimpulannya, pesakit yang menerima program pendidikan berstruktur pra-pembedahan menunjukkan peningkatan dalam menguruskan kesakitan selepas pembedahan dan kepuasan pada PCA selepas pembedahan ortopedik.
Kata Kunci :
analgesia kawalan pesakit (PCA),
ortopedik,
pendidikan,
pesakit,
program,