Abstrak
Staphylococcus epidermidisadalah satu daripada patogen yang semakin penting dalam hos yang terimunokompromi. Kami melaporkan di sini suatu kes pneumonia bernekrosis akibat S. epidermidis yang dikomplikasi dengan pneumatosel pada seorang bayi lelaki yang dilahir cukup bulan. Beliau menghidapi penyakit fistula trakeo-esofagus yang perlu dibedah sebelum kejadian ini. Rawatan dengan antibiotik “teicoplanin” dan “gentamicin” diberikan selama empat minggu diikuti dengan “erythromycin” untuk dua minggu. Bayi tersebut tidak perlu menjalani aspirasi perkutaneus ataupun penyaliran pleura dan ianya pulih sepenuhnya dari segi klinikal dan gambaran radiologi apabila ditemu enam bulan kemudiannya semasa lawatan tindaksusulan. Rawatan dengan ubatan antimikrobial yang agresif mampu menjana pemulihan sepenuhnya tanpa mengakibatkan kerumitan dengan komplikasi seperti pneumotoraks dan fistula bronkopleura.
Kata Kunci :
bayi cukup bulan,
pneumato-sil,
pneumonia bernekrosis,
stafilokokus tanpa enzim koagulasi,
Staphylococcus epidermidis,