Abstrak
Vaginismus adalah disfungsi seksual yang disebabkan oleh pengecutan otot-otot faraj yang menyebabkan kemasukan zakar semasa hubungan seks amat sukar, atau mustahil berlaku. Ia sering diiringi tekanan perasaan yang ketara. Di dalam kebanyakan kes, ia berkait-rapat dengan perasaan ketakutan melampau yang meneruskan hayat dan sifat penyakit ini. Kami melaporkan kes vaginismus primer yang menyebabkan komplikasi psikiatri jenis kerisauan-kemurungan lalu mencadangkan pendekatan perawatan holistik yang merangkumi pendekatan tingkah-laku dan psikofarmakologi. Rawatan permasalahan psikiatri yang berkait-rapat dengan vaginismus harus terlebih dahulu ditangani, secara baik bersama-sama rawatan kepada vaginismus. Kombinasi bersepadu pendekatan tingkah-laku, psikologi dan farmakologi amat penting bagi memastikan prognosis rawatan adalah baik.
Kata Kunci :
kerisauan-kemurungan,
primer,
vaginismus,