Abstrak
Kegagalan jantung untuk berfungsi dengan baik adalah sesuatu keadaan perubatan yang dapat melemahkan fizikal dan psikologi. Walaupun kemurungan adalah salah satu tanda terhadap kemerosotan jantung untuk berfungsi dengan baik, hanya sedikit kajian yang menumpukan kepada tabiat kebiasaan dan rutin harian. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara kemurungan dan kebimbangan terhadap pesakit yang menghidapi kegagalan jantung bersesuaian dengan tingkah laku penjagaan diri pesakit. Temubual telah diadakan dengan 161 pesakit di klinik pesakit luar hospital. Kemurungan dan kebimbangan telah dinilai dengan menggunakan skala Hospital Anxiety and Depression Scale (HADS). Tingkah laku penjagaan diri dinilai dengan menggunakan European Heart Failure Self-Care Behaviour Scale (EHFSCBS). Kemurungan klinikal berkemungkinan ditunjukkan pada 18%, dan kebimbangan klinikal berkemungkinan pada 16% pesakit. Kesesuaian tingkah laku penjagaan kendiri berbeza dengan banyaknya dan mencatatkan peratusan paling tinggi untuk mengambil ubat seperti yang ditetapkan (93.1%), dan bertenang jika tidak boleh bernafas (75.1%) dan peratusan lebih rendah untuk pemeriksaan berat badan sendiri (13.6%), senaman tetap (33.6%) dan menghadkan pengambilan cecair (38.5%). Tiada hubungan yang penting ditemui di antara keseluruhan pematuhan penjagaan diri dan kebimbangan atau kemurungan yang dilaporkan. Walau bagaimanapun, hubung kait yang signifikan dengan kemurungan telah ditemui untuk lima daripada 12 item penjagaan diri, dan juga dengan kebimbangan untuk dua daripadanya. Keputusan kami menunjukkan bahawa kesejahteraan mental pada pesakit dengan kegagalan jantung memainkan peranan penting dalam keupayaan pesakit untuk mematuhi penjagaan diri.
Kata Kunci :
kegagalan jantung,
kemurungan,
kepatuhan,
kerisauan,
penjagaan diri,