A Qualitative Exploration of Smoker’s View of Smoking Cessation and Setting of a Quit Date
View of Smoking Cessation and a Quit Date
Abstract
In assisting smokers to achieve successful smoking abstinence, we aimed to understand smokers’ perspectives on their quit smoking experience and the meaning of setting a quit date for them. This was a descriptive qualitative study using the post-positivist approach and the COM-B model as the study’s theoretical framework. The model emphasises capability (C), opportunity (O) and motivation (M) domains in a behavioural change (B). This study was conducted from January to July 2022 involving adult smokers who attended the Quit Smoking Clinics in Hospital Canselor Tunku Muhriz. Those with communication or cognitive difficulties (such as having dementia or psychiatric illness) were excluded. A trained researcher conducted in-depth interviews with five successful and six non-successful quitters through physical or online meetings. All participants had attempted quitting at least once. There were 15 facilitating factors identified that mostly conformed to the COM-B model except for spirituality and setting a quit date. However, setting a quit date has a double-edged sword effect and is only beneficial if it is flexible and self-determined. In conclusion, quit smoking intervention may use the COM-B model in guiding healthcare providers to focus on facilitating factors that enhance smokers’ motivation to quit. The involvement of spiritual leaders may facilitate their quit smoking journey.
Keywords :
Cigarette; date; quitting; smoking,
Abstrak
Sebagai usaha dalam membantu perokok berhenti merokok dengan jayanya, kajian ini telah dijalankan untuk memahami perspektif perokok mengenai pengalaman mereka dalam proses berhenti merokok serta maksud penetapan tarikh berhenti merokok bagi mereka. Kajian ini adalah kajian kualitatif deskriptif yang menggunakan pendekatan pasca-positivis dan teori model COM-B. Model ini menekankan domain keupayaan (C), peluang (O) dan motivasi (M) dalam perubahan tingkah laku (B). Kajian ini dilaksanakan dari Januari hingga Julai 2022 dan melibatkan perokok dewasa yang menghadiri Klinik Berhenti Merokok di Hospital Canselor Tunku Muhriz. Mereka yang mengalami masalah komunikasi atau kognitif (seperti mengalami demensia atau penyakit psikiatri) adalah dikecualikan. Seorang penyelidik terlatih menjalankan temu bual mendalam dengan lima individu yang berjaya dan enam individu yang tidak berjaya berhenti merokok samada secara dalam talian atau bersemuka. Semua peserta telah mencuba berhenti merokok sekurang-kurangnya sekali. Terdapat 15 faktor yang dikenal pasti dan kebanyakannya menepati model COM-B kecuali faktor kerohanian dan penetapan tarikh berhenti merokok. Penetapan tarikh berhenti merokok akan lebih berkesan jika ianya boleh diubah dan ditentukan oleh perokok sendiri. Kesimpulannya, model COM-B boleh digunakan oleh penyedia penjagaan kesihatan dalam merangka program intervensi untuk membantu perokok berhenti dengan memberi tumpuan kepada faktor yang mendorong perokok untuk berhenti. Selain itu, penglibatan agamawan juga boleh memudahkan perjalanan perokok untuk berhenti merokok.
Kata Kunci :
Berhenti merokok; merokok; rokok; tarikh,
Correspondance Address
Noor Azimah Muhammad. Department of Family Medicine, Faculty of Medicine, Universiti Kebangsaan Malaysia, Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur, Malaysia. Tel: +603-91456117 Email: drazimah@hctm.ukm.edu.my