Abstrak
kajian ini adalah untuk menentukan sifat psikometrik ‘State-Trait Anxiety Inventory' (STAI) yang diterjemahkan kepada Bahasa Melayu untuk kegunaan dalam meneroka beban kebimbangan di kalangan ibu bapa bagi kanak-kanak yang mendapatkan rawatan perubatan di hospital. Instrumen ini diberikan kepada 53 orang ibu bapa pesakit kanak-kanak yang dirawat di Jabatan Kecemasan dan 52 orang ibu bapa kepada pesakit kanak-kanak di unit fisioterapi. Konsistensi dalaman (α) untuk kebolehpercayaan bagi sub skala ‘state’ dan ‘trait’ adalah tinggi iaitu masing-masing 0.94 dan 0.84. Kebolehpercayaan bagi ujian ulangan menunjukkan skor yang pelbagai dengan hanya 25 item menunjukkan pekali korelasi intra-kelas yang signifikan, ICC (julat 0.60 - 0.94, 95% sela keyakinan CI, p<0.05) selepas 4 minggu ujian ulangan. Prestasi matriks berikutan analisis faktor adalah konsisten dengan struktur 4 faktor STAI yang asal. Walaupun terdapat beberapa item yang tidak mengikut matriks yang diharapkan, tetapi ianya tidak mengganggu prestasi secara keseluruhan. Oleh itu, versi terjemahan Bahasa Melayu STAI ini boleh ditermapakai untuk mengukur tahap kebimbangan ibu bapa bagi kanak-kanak yang mendapatkan rawatan di hospital, dengan mengambil perhatian di dalam tafsiran sesetengah item.
Kata Kunci :
analisis faktor,
kebimbangan,
kebolehpercayaan,
psikometriks,