Abstrak
Aneurisma dan pseudoaneurisma pada dorsalis pedis arteri dikenali sebagai satu entiti vaskular yang jarang berlaku di mana insiden ini dilaporkan hanya sebanyak 0.5% daripada aneurisma arteri periferi dan hanya beberapa kes yang telah dilaporkan. Pembentukan pseudoaneurisma biasanya dikaitkan dengan kes patah tulang, luka atau kecederaan arteri iatrogenik. Kecederaan arteri yang bertepatan dengan pseudoaneurisma selalunya terlepas pandang kerana kekurangan penemuan klinikal. Penemuan klinikal yang cepat adalah penting untuk mengurangkan peratusan morbiditi serta kematian. Di sini, kami ingin membentangkan satu kes komplikasi yang jarang berlaku dalam satu prosedur ortopedik yang dilakukan pada seorang pesakit lelaki muda yang datang dengan keadaan bengkak yang menyakitkan di atas kaki kiri selepas terlibat dalam kecederaan industri. Pesakit tersebut telah menjalani pembedahan akibat kecederaan sendi Lisfranc dan telah pulih sepenuhnya. Selepas 2 bulan menjalani pembedahan tersebut, beliau kembali dengan bengkak yang mempunyai denyutan nadi di kaki kirinya. Beliau dirawat secara konservatif dengan menggunakan pembalut mampatan dan dapat menjalankan aktiviti seperti biasa selepas rawatan dijalankan.
Kata Kunci :
dorsalis pedis arteri,
Lisfranc,
pseudoaneurisma,