Abstrak
Tujuan kajian ini adalah untuk menyiasat kelaziman hilang kawalan kencing selepas bersalin (PNUI), faktor-faktor risiko yang berkaitan dengannya dan penglibatan dalam mengamalkan penjagaan selepas bersalin mengikut tradisi Melayu (TMCC) di Kelantan, Malaysia. Satu kajian keratan rentas telah dijalankan di kalangan 362 wanita selepas bersalin yang berumur antara 18-45 tahun dan antara tiga hingga lima bulan selepas bersalin. Para peserta telah dipilih melalui persampelan mudah di enam Klinik Kesihatan Ibu dan Anak yang terletak di daerah yang agak sama. Analisis deskriptif dan inferensi termasuk, analisis faktor, Pearson khi-kuasa dua, ujian Mann-Whitney U dan analisis terurus logistik telah digunakan untuk menganalisis data. Secara keseluruhan, PNUI dilaporkan oleh 80 wanita (22.1%). Cara bersalin melalui faraj dikaitkan dengan PNUI. Semua wanita selepas bersalin dalam konteks kajian didapati mengamalkan TMCC. Kajian ini juga menunjukkan bahawa wanita yang mempunyai PNUI lebih cenderung untuk melibatkan diri dalam komponen ‘Penjagaan Badan’ TMCC. Hilang kawalan kencing adalah lazim di kalangan wanita selepas bersalin di Kelantan, Malaysia. Penyelidikan selanjutnya terhadap kesan komponen ‘penjagaan badan’ TMCC pada PNUI perlu dilakukan.
Kata Kunci :
faktor-faktor risiko,
hilang kawalan kencing,
kelaziman,
penjagaan selepas bersalin tradisional,
wanita selepas bersalin,