Abstrak
Neuroleptic malignant syndrome (NMS) atau sindrom neuroleptik malignan adalah sindrom perubatan yang diketahui umum boleh menyebabkan komplikasi kematian dalam kalangan para pesakit yang mengambil ubat-ubatan antipsikotik. Golongan pesakit warga emas dengan pelbagai faktor risiko adalah yang paling terdedah kepada bahaya sindrom ini. Kami membentangkan kes kajian, seorang lelaki yang berumur 80 tahun yang mengalami penyakit kecelaruan dwi-kutub dan sedang dirawat dengan ubat-ubatan sodium valproate ‘extended-release’, aripiprazole dan suntikan palliparidone yang bertindak secara lama. Beliau disahkan mengalami NMS, dicirikan dengan kekejangan otot menyeluruh, demam, tekanan darah yang turun naik dan kenaikan paras 'creatinine kinase' semasa beliau dimasukkan ke hospital disebabkan oleh episod mania. Faktor penyumbang termasuklah umur yang semakin meningkat, masalah disfungsi Parkinonism jenis vaskular, ketidakseimbangan elektrolit, jangkitan pada paru-paru dengan diperparahkan dengan penyakit obstruktif pulmonari yang kronik, delirium hiperaktif dan penggunaan antipsikotik tipikal secara parenteral. Penggunaan antipsikotik diberhentikan sementara waktu dan pesakit dirawat dengan dantrolene, bromocriptine dan amantadine. Gejala yang dialami beliau beransur baik selepas seminggu. Seterusnya, beliau menjadi semakin sihat dengan rawatan sodium valproate ‘extended-release’. Beberapa petunjuk klinikal dibincangkan. Kewaspadaan klinikal, kerjasama inter-disiplinari yang rapat dan intervensi segera adalah kunci kejayaan rawatan NMS dalam kalangan pesakit warga emas.
Kata Kunci :
antipsikotik,
delirium,
haloperidol,
neuroleptic malignant syndrome,
Parkinsonism jenis vaskular,
warga emas,