Influence of Regular Plateletpheresis Donations on Immature Platelet Fraction and Platelet Count
Influence of Regular Plateletpheresis Donations on Immature Platelet Fraction and Platelet Count
Abstract
Plateletpharesis donation could be done more frequently than whole blood donation. This study is designed to explore the correlation between frequency, inter-donation intervals and effects of long-term plateletpheresis donation with the platelet count and immature platelet fraction (IPF). Outcomes from this study will strengthen the safety data for plateletpheresis donation. A total of 244 donors were studied. They were grouped into plateletpheresis (n=184) or whole blood donors (n=60). Participants blood samples were collected and analysed for full blood count and IPF by Sysmex XE-5000. Baseline platelet counts were retrieved from records before the first donation and compared to the most recent pre-donation counts for all the plateletpheresis donors. Finally, the influence of frequency, interval and total duration of plateletpheresis donation on the platelet count and IPF were assessed. Statistically significant reduction of platelet count (273 x 109/L, 172-443) were observed when compared with the baseline pre-donation count (291 x 109/L, 164-478) for plateletpheresis donors. However, this fall is not of clinical significance ad platelet counts were still within normal ranges. Similar observation was made regardless of inter-donation interval and total duration of donation. IPF for the plateletpheresis donors (1.5%, 0.5-7.5) were also comparable with the whole blood donors (1.5%, 0.6-4.8; p=0.848). Frequent plateletpheresis donation with at least 14 days inter-donation intervals and up to 24 donations a year does not cause thrombocytopenia or increase in the IPF. This knowledge is hoped to encourage more people to become donors thus helping blood transfusion services to meet the increasing demand for plateletpheresis product.
Keywords :
Blood donation; immature platelet fraction; plateletpharesis,
Abstrak
Pendermaan plateletferesis boleh dilakukan dengan lebih kerap berbanding pendermaan darah penuh. Kajian ini bertujuan untuk menerokai hubungan antara kekerapan, selang masa antara pendermaan dan kesan pendermaan plateletferesis jangka panjang terhadap kiraan platelet dan fraksi platelet tidak matang (IPF). Hasil daripada kajian ini diharapkan dapat memperkukuhkan data keselamatan bagi pendermaan plateletferesis. Seramai 244 orang penderma telah dikaji dan dibahagikan mengikut jenis pendermaan, iaitu penderma plateletpheresis (n = 184) atau penderma darah penuh (n = 60). Sampel darah peserta dianalisis menggunakan Sysmex XE-5000 untuk mendapatkan kiraan darah penuh dan IPF. Kiraan platelet asas diperolehi daripada rekod sebelum pendermaan pertama dan dibandingkan dengan kiraan platelet sebelum pendermaan terkini bagi semua penderma plateletferesis. Hubungan antara kekerapan, selang masa dan tempoh pendermaan plateletferesis dengan kiraan platelet dan IPF turut dinilai. Penurunan signifikan secara statistik bagi kiraan platelet (273 x 109/L, 172-443) diperhatikan apabila dibandingkan dengan kiraan asas sebelum pendermaan (291 x 109/L, 164-478) dalam kalangan penderma plateletferesis. Walau bagaimanapun, penurunan ini tidak membawa kesan klinikal kerana kiraan platelet masih dalam julat normal. Pemerhatian yang sama juga dilihat tanpa mengira selang masa atau tempoh pendermaan. Nilai IPF dalam kalangan penderma plateletferesis (1.5%, 0.5-7.5) juga setanding dengan penderma darah penuh (1.5%, 0.6-4.8; p=0.848). Pendermaan plateletferesis secara kerap dengan selang masa sekurang-kurangnya 14 hari antara pendermaan, serta jumlah pendermaan sehingga 24 kali setahun tidak menyebabkan trombositopenia atau peningkatan IPF. Penemuan ini diharapkan dapat menggalakkan lebih ramai penderma menyumbang, seterusnya membantu perkhidmatan transfusi darah memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap produk plateletferesis.
Kata Kunci :
Fraksi platelet tidak matang; plateletferesis; pendermaan darah,
Correspondance Address
Raja Zahratul Azma Raja Sabudin. Department of Pathology, Faculty of Medicine, Universiti Kebangsaan Malaysia, Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia. Tel: +603-91455780 Email: zahratul@hctm.ukm.edu.my