Abstrak
Hemichorea-hemiballismus (HC-HB) adalah gangguan pergerakan tidak terkawal yang melibatkan anggota sebelah badan. Terdapat banyak faktor etiologi yang dijumpai, termasuk strok, jangkitan, dan barah. Walaubagaimanapun, HC-HB yang disebabkan oleh hiperglisemia akut jarang dijumpai. Kami membentangkan dua kes HC-HB yang disebabkan oleh hiperglisemia. Kes-kes yang dibentangkan di sini menunjukkan bahawa HC-HB boleh menjadi antara gejala gangguan neurologi disebabkan diabetes yang tidak dikawal dan boleh dirawat sepenuhnya melalui rawatan bagi hiperglisemia.
Kata Kunci :
chorea,
diabetes mellitus,
diskinesia,
gangguan pergerakan,
hiperglisemia,
neoplasma,
strok,