Factors Influencing Functional Improvement, Intervention and Its Outcome in Post-Stroke Rehabilitation in Community: A Scoping Review

Factor Influencing Improvement for Post-stroke
Vol. 20 No. 1 : 2025 (52-65)

Rozieyana Binti Jamnan Rozieyana Binti Jamnan
Masne Kadar Masne Kadar
Nor Afifi Binti Razaob@Razab Nor Afifi Binti Razaob@Razab
Norhayati Binti Hussein Norhayati Binti Hussein

Abstract
Most stroke survivors have to live their lives with stroke-related disabilities and 53.1% of stroke patients are discharged with functional dependence indicating that a relatively large number of stroke individuals still require continuous care at home after discharge. Although various interventions and management for post-stroke patients have been published, there are limitations in finding factors that can influence functional recovery for post-stroke patients in the community. This scoping study aimed to explore factors that influence functional improvement, interventions and outcomes in post-stroke patients in the community to help therapists to create effective continuity programs for this population. Four main electronic databases were used to conduct this review namely; Ebsco Medline, Scopus, ProQuest and Science Direct. Research established by Arksey and O’Malley was used as a framework to carry out the review process. This scope study aimed at studies that use stroke patients who were diagnosed less than 12 months during the study, involving rehabilitation sessions at home, in the community or that focus on increasing the patient’s functionality. Apart from that, studies involving a combination of hospital and home therapy were also taken into account and only studies written in English from January 2013 to February 2024 were used. From the review conducted, four themes emerged from this review including: (i) therapy approach in stroke rehabilitation; (ii) common interventions for stroke rehabilitation; (iii) the improvement of the patient’s function which was affected by the therapy time spent by them; and (iv) specific therapies had shown greater improvement in specific functional improvements. Therefore, this scope study can provide benefits and direction for health practitioners, especially multidisciplinary groups to design, adapt any program or guidelines that can help in improving the functionality of stroke patients in the community.
Keywords : Functional outcome; healthcare delivery; stroke care; stroke rehabilitation,
Abstrak
Kebanyakan pesakit strok terpaksa menjalani kehidupan dengan ketidakupayaan berkaitan strok dan 53.1% pesakit strok dilepaskan dengan kebergantungan fungsi, menunjukkan bahawa sejumlah besar individu strok masih memerlukan penjagaan berterusan di rumah selepas discaj. Walaupun terdapat pelbagai intervensi dan pengurusan untuk pesakit pasca strok telah diterbitkan, terdapat batasan dalam mencari faktor yang boleh mempengaruhi pemulihan fungsi untuk pesakit pasca strok dalam komuniti. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi penambahbaikan fungsi, intervensi dan hasilnya dalam pesakit pasca strok di komuniti untuk membantu ahli terapi mewujudkan program kesinambungan yang berkesan bagi populasi ini. Empat pangkalan data elektronik utama telah digunakan untuk menjalankan semakan ini iaitu; Ebsco Medline, Scopus, ProQuest dan Science Direct. Penyelidikan yang diasaskan oleh Arksey dan O’Malley digunakan sebagai rangka kerja untuk melaksanakan proses semakan. Kajian skop ini menjurus kepada kajian yang menggunakan pesakit strok yang didiagnos kurang dari 12 bulan semasa kajian, melibatkan sesi rehabilitasi di rumah, komuniti atau yang fokus pada peningkatan fungsi pesakit. Selain daripada itu, kajian yang melibatkan gabungan terapi hospital dan rumah juga diambil kira dan hanya kajian yang ditulis dalam Bahasa Inggeris dari Januari 2013 hingga Febuari 2024 telah digunakan. Dari semakan yang dijalankan, empat tema yang muncul dari semakan ini termasuklah (i) pendekatan terapi dalam pemulihan strok; (ii) intervensi yang biasa dijalankan bagi pemulihan strok; (iii) peningkatan fungsi pesakit yang dipengaruhi oleh masa terapi yang dihabiskan oleh mereka; dan (iv) terapi spesifik yang menunjukkan peningkatan yang lebih besar dalam peningkatan fungsi tertentu. Oleh itu, kajian skop ini dapat memberi manfaat dan panduan kepada pengamal kesihatan, terutamanya kumpulan pelbagai jenis disiplin untuk merancang dan menyesuaikan sebarang program atau garis panduan yang boleh membantu dalam peningkatan fungsi pesakit strok dalam komuniti.
Kata Kunci : Hasil kefungsian; penjagaan strok; penyampaian penjagaan kesihatan; pemulihan strok,

Correspondance Address
Rozieyana Binti Jamnan, Occupational Therapy Programme, School of Rehabilitation Sciences, Faculty of Health Sciences, Universiti Kebangsaan Malaysia, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, 50300, Kuala Lumpur, Malaysia. Tel: +6017 7042316 Email: p123716@siswa. ukm.edu.my