Abstrak
Anti-vaskular faktor pertumbuhan endothelial (VEGF) mengurangkan ketebalan choroidal oleh hipoperfusi choroidal di kalangan pesakit diabetes macula edema (DME). Kesan tidak langsung anti-VEGF terhadap lapisan retina luar (ORL) yang dibekalkan oleh sirkulasi choroidal belum dikaji. Kajian ini melihat ketebalan ORL di antara epitelium retina pigmen (RPE) dengan inner-segmen-outer-segmen fotoreseptor (IS/OS) dan RPE dengan external limiting membrane (ELM) sebelum dan selepas suntikan intravitreal ranibizumab (IVR) kepada pesakit diabetes macula edema melibatkan pertengahan fovea. 60 mata (40 pesakit) telah dianalisis. Ketebalan ORL diukur dengan optikal koherens tomografi pada sebelum dan selepas suntikan satu hari, minggu ke-empat dan minggu ke-enam. Min ketebalan RPE-IS /OS menunjukkan keputusan yang signifikan dari masa ke masa (p=0.023) tetapi tidak untuk RPE-ELM (p=0.216). Nisbah ketebalan antara RPE-IS/OS dan RPE-ELM dan ketebalan subfoveal pusat (CST) kedua-duanya menunjukkan keputusan statistik yang signifikan dari masa ke masa dengan p=0.038 dan p=0.000 masing-masing. Kajian mendapati pengurangan awal ketebalan ORL pada hari 1 diikuti oleh peningkatan dalam ketebalan pada minggu 4 dengan pengurangan berikutnya pada minggu 6 diperhatikan. ORL adalah satu aspek yang boleh diterokai dan diberikan penekanan pada pesakit di mana pemberian suntikan IVR harus dipertimbangkan. Kesan jangka panjang IVR kepada ORL bagaimanapun tidak dapat dirumuskan kerana susulan tempoh kajian yang singkat.
Kata Kunci :
edema makular,
Ranibizumab,
retina pigmen epithelium,
segmen dalam fotoreseptor retina,
segmen luar fotoreseptor retina,