Abstrak
Konsep resusitasi mengawal kerosakan yang terdiri daripada pemberian darah bagi tujuan resusitasi haemostatik, kawalan penghentian pendarahan dan dalam keadaan yang membenarkan, hipotensi terkawal dengan menghadkan pemberian cecair merupakan pendekatan yang berstruktur dalam rawatan pesakit dengan ‘politrauma’. Sebaliknya jika pendekatan hipotensi terkawal digunakan dengan kehadiran rhabdomiolisis, ia boleh mengakibatkan kecederaan reperfusi-iskemia dan kecederaan ginjal akut yang akan memburukkan lagi keadaan. Kami laporkan kes politrauma yang melibatkan seorang lelaki berumur 20 tahun dengan kepatahan tulang pelvis terbuka disertai kecederaan pembuluh darah dan kecederaan iskemia anggota bawah sebelah kiri selepas digilis lori dalam kemalangan. Strategi hipotensi terkawal telah diberikan kepada pesakit empat jam sebelum rawatan pembedahan dijalankan di dewan bedah yang disusuli dengan pembedahan menghentikan pendarahan selama enam jam. Koagulopati, kecederaan ginjal akut dan rhabdomiolisis merupakan komplikasi dialami akibat kecederaan beliau. Pesakit gagal menunjukan reaksi terhadap rawatan dan meninggal dunia tiga hari selepas kemalangan. Cabaran dan kekangan dalam merawat kecederaan politrauma yang komplek serta bukti dapatan terkini berkaitan Resusitasi Mengawal Kerosakan akan kami bincangkan.
Kata Kunci :
akut,
ginjal,
hipotensi terkawal,
penghentian pendarahan,
resusitasi haemostatik,
resusitasi mengawal kerosakan,
rhabdomiolisis,