The Development and Validation of a New Malay Language Psychological Quality of Life assessment (PsychQOL)

New Psychological QOL Assessment
Vol. 21 No. 1 : 2026 (367-387)

Ku Nurul Izzah Ku Seman Ku Nurul Izzah Ku Seman
Shalisah Sharip Shalisah Sharip
Syahnaz Mohd Hashim Syahnaz Mohd Hashim
Idayu Badilla Idris Idayu Badilla Idris

Abstract
Locally designed and validated quality of life (QOL) assessments which incorporate psychological-spiritual elements, while also considering the cultural and contextual diversity of Malaysian society, are scarce. This study aimed to develop and assess the psychometric properties of a culturally-relevant Malay psychological QOL questionnaire tailored to the Malaysian context. This study also aimed to explore differences between healthy adults and psychiatric patients in terms of perception of psychological QOL. This study involved process of assessing content validity of the questionnaire item, a pilot study and conducting a field study with two different samples, namely healthy adults psychiatric patients. The analysis has focused on assessing internal consistency and construct validity through Exploratory Factor Analysis (EFA). A total of 120 healthy adults (mean age = 34.5, SD = 6.3) and 120 psychiatric patients (mean age = 34.5, SD = 13.3) participated in this study. Internal consistencies for both healthy adults (Cronbach’s α= 0.91) and psychiatric patients (Cronbach’s α = 0.93) were excellent. For both samples, EFA analysis revealed five domains: vigour, emotional resilience, depression and anxiety, religiosity and values and social support, with minimum factor loadings ranged from 0.411 to 0.872. Item loadings for vigour and emotional resilience varied slightly for both groups. This newly designed Psychological Quality of Life (PsychQOL) questionnaire is a multidimensional factor structure with strong psychometric properties, which is suitable for both healthy and psychiatric patients. The PsychQOL offers a culturally and linguistically appropriate alternative for evaluating psychological well-being among Malaysians, particularly the Malay-speaking population. This assessment may serve as a monitoring tool while also offering insights into successful treatment approaches.
Keywords : Development; psychiatric patients; psychological quality of life; psychometric evaluation; quality of life assessment,
Abstrak
Instrumen penilaian kualiti hidup (QOL) yang menggabungkan elemen psikologi dan rohani, di samping meraikan kepelbagaian budaya tempatan Malaysia, sangat jarang ditemui. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menilai sifat psikometrik soal selidik QOL psikologi dalam Bahasa Melayu yang relevan dengan budaya dan konteks tempatan. Kajian ini juga bertujuan untuk menerokai perbezaan antara persepsi orang dewasa yang sihat dan pesakit psikiatri terhadap QOL psikologi. Kajian ini melibatkan proses penilaian kesahan kandungan item soal selidik, kajian rintis dan kajian lapangan yang dijalankan ke atas dua sampel berbeza, iaitu orang dewasa sihat dan pesakit psikiatri. Analisis berfokus kepada penilaian konsistensi dalaman dan kesahan konstruk melalui Analisis Faktor Eksploratori (EFA). Seramai 120 orang dewasa sihat (purata umur = 34.5, SD = 6.3) dan 120 pesakit psikiatri (purata umur = 34.5, SD = 13.3) telah menyertai kajian ini. Konsistensi dalaman untuk kedua-dua sampel, iaitu orang dewasa sihat (Cronbach’s α = 0.91) dan pesakit psikiatri (Cronbach’s α = 0.93) adalah sangat baik. Analisis EFA untuk kedua-dua sampel menunjukkan lima domain iaitu kekuatan, ketahanan emosi, kemurungan dan kebimbangan, keagamaan dan nilai serta sokongan sosial, dengan julat muatan faktor antara 0.411 hingga 0.872. Walaupun domain adalah sama bagi kedua-dua sampel, domain kekuatan dan ketahanan emosi, terdapat perbezaan item bergantung kepada golongan sampel. Kesimpulannya, soal selidik 'Psychological Quality of Life' (PsychQOL) yang baru dibangunkan ini mempunyai struktur faktor pelbagai dimensi dengan sifat psikometrik yang kuat dan sesuai untuk orang dewasa yang sihat dan pesakit psikiatri. PsychQOL menawarkan alternatif yang sesuai dari segi budaya dan bahasa untuk menilai QOL psikologi dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya mereka yang berbahasa Melayu. Penilaian ini mungkin berfungsi sebagai alat pemantauan serta menawarkan pandangan terhadap pendekatan rawatan yang berkesan.
Kata Kunci : Kualiti hidup psikologi; pembangunan; penilaian psikometrik; penilaian kualiti hidup; pesakit psikiatri,

Correspondance Address
Shalisah Sharip. Department of Psychiatry, Faculty of Medicine, Universiti Kebangsaan Malaysia, Jalan Yaacob Latiff, Bandar Tun Razak 56000 Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia. Tel: +603 9145 6157 Email: shalisah@hctm.ukm.edu.my