Determinants of Maternal Health-Seeking Behaviour in the Digital Age: A Cross-Sectional Study in Selangor Malaysia

Maternal Health-seeking Behaviour
Vol. 21 No. 1 : 2026 (400-412)

Afiqah Yusof Afiqah Yusof
Rosnah Sutan Rosnah Sutan
Zaleha Abdullah Mahdy Zaleha Abdullah Mahdy
Afzan Adam Afzan Adam
Nor Izzah Ahmad Shauki Nor Izzah Ahmad Shauki

Abstract
Maternal health information-seeking behaviour (MHSB) refers to the active efforts of pregnant women to obtain specific information to ensure continuity of care, enhance resilience against health risks and prevent complications. Advances in digital health (DH) and the increasing use of social media (SM) as a source of health information during pregnancy have the potential to improve MHSB and access to healthcare services. However, the dissemination of inaccurate information may negatively impact maternal and fetal health outcomes. This study aimed to determine the prevalence of MHSB among pregnant women and its association with the use of SM, DH and tele-primary care systems. A cross-sectional study of 385 pregnant women through stratified random sampling from selected maternal and child health clinics in Selangor was conducted from January to June 2022 using a validated self-administered questionnaire. The findings indicated that 50.9% of pregnant women exhibited good MHSB, while the remaining proportion demonstrated lower engagement in information-seeking behaviour. The study also found a significant association between maternal age and MHSB (χ2(1) = 5.889, p = 0.015) and the need for health information (χ2(1) = 33.0, p < 0.001). A multivariate binary logistic regression analysis depicted that a one-unit increase in the need for health information raised the likelihood of engaging in MHSB by 1.040 times (AdjOR: 1.040; 95% CI: 1.023-1.058; p < 0.001). This study offers valuable insights into the MHSB of pregnant women in planning for potential strategies to enhance their access to accurate and relevant health information.
Keywords : Digital health; health behaviour; health literacy; maternal; pregnancy,
Abstrak
Tingkah laku pencarian maklumat kesihatan kehamilan (MHSB) merujuk kepada usaha aktif wanita hamil untuk mendapatkan maklumat khusus bagi memastikan kesinambungan penjagaan, meningkatkan ketahanan terhadap risiko kesihatan serta mencegah komplikasi. Kemajuan dalam kesihatan digital (DH) serta peningkatan penggunaan media sosial (SM) sebagai sumber maklumat kesihatan semasa kehamilan berpotensi untuk memperbaiki MHSB dan akses kepada perkhidmatan kesihatan. Walau bagaimanapun, penyebaran maklumat yang tidak tepat boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan ibu dan janin. Kajian ini bertujuan untuk menentukan prevalen MHSB dalam kalangan wanita hamil serta hubungannya dengan penggunaan SM, DH dan sistem jagaan tele-primer kesihatan. Satu kajian keratan rentas melibatkan 385 wanita hamil yang dipilih secara rawak berstrata dari klinik kesihatan ibu dan anak terpilih di Selangor telah dijalankan dari Januari hingga Jun 2022 dengan menggunakan borang soal selidik jawab sendiri yang telah divalidasi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 50.9% wanita hamil mempunyai tahap MHSB yang baik, manakala selebihnya menunjukkan tahap penglibatan yang lebih rendah dalam pencarian maklumat kesihatan. Kajian ini juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara umur ibu dan MHSB (χ2(1) = 5.889, p = 0.015) dan keperluan terhadap maklumat kesihatan (χ2(1) = 33.0, p < 0.001). Ujian regresi logistik binari multivariat menunjukkan bahawa setiap peningkatan satu unit dalam keperluan maklumat kesihatan dapat meningkatkan kemungkinan penglibatan dalam MHSB sebanyak 1.040 kali (AdjOR: 1.040; 95% CI: 1.023-1.058; p < 0.001). Kajian ini memberikan gambaran profail MHSB dalam kalangan wanita hamil bagi perancangan strategi yang berpotensi untuk meningkatkan capaian kepada maklumat kesihatan yang tepat dan relevan.
Kata Kunci : Celik kesihatan; kehamilan; kesihatan digital; maternal; tingkahlaku kesihatan,

Correspondance Address
Rosnah Sutan. Department of Public Health Medicine, Faculty of Medicine, Universiti Kebangsaan Malaysia, Jalan Yaacob Latiff, Bandar Tun Razak 56000 Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia. Tel: +603 91459587 Email: rosnah.sutan@ukm.edu.my