Abstrak
Pesakit myeloid leukemia kronik (CML) bermutasi BCR-ABL T315I sering menunjukkan kelangsungan hidup keseluruhan yang lebih pendek berbanding mereka yang tidak mempunyai mutasi tersebut. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti prevalens mutasi T315I dikalangan pesakit CML yang menunjukkan rintangan terhadap imatinib mesylate (IM) dan membandingkan fasa penyakit serta kelangsungan hidup antara pesakit CML bermutasi T315I dan yang tidak. Enam puluh pesakit CML yang telah dirawat dengan IM untuk sekurang-kurangnya 18 bulan dan tindak-balas rawatan mereka direkodkan. Analisis mutasi T315I telah dilakukan menggunakan allele khusus oligonucleotide reverse transcriptase polymerase chain reaction (RT-PCR) diikuti oleh teknik direct sequencing. 42 (70%) orang pesakit didapati mempunyai rintangan terhadap IM dan daripada para pesakit tersebut, lima (12%) telah dikesan mempunyai mutasi T315I. Keseluruhan kelangsungan hidup untuk pesakit CML yang menunjukkan rintangan terhadap IM dengan mutasi T315I adalah 96 bulan (95% CI:54-138) berbanding mereka yang tidak mempunyai mutasi iaitu 84 bulan (95% CI:48-120) walaupun nilai ini tidak signifikan secara statistik [nilai p=0.43]). Kajian ini menunjukkan kadar kekerapan mutasi T315I (12%) di kalangan pesakit kohort kami adalah lebih tinggi. Median kelangsungan hidup keseluruhan bagi mereka yang mempunyai mutasi T315I adalah lebih panjang berbanding daripada mereka yang tidak mempunyai mutasi. Kajian lebih lanjut melibatkan bilangan pesakit yang lebih ramai adalah diperlukan untuk mengesahkan pemerhatian tersebut.
Kata Kunci :
BCR ABL,
chronic myeloid leukemia,
mutasi T315I,