A Design and Development Research Approach to Developing an E-Health Intervention for Individuals with Breast Cancer: A Study Protocol
DDR Approach for E-Health in Breast Cancer
Abstract
Individuals with breast cancer (BC) frequently experience psychological distress, yet often underutilise mental health support services. E-health interventions hold promise for improving access to and engagement with mental health services. The current study aimed to develop and evaluate an evidence-based e-health video intervention designed to enhance the mental help-seeking intentions and behaviours of Malaysian individuals with BC. This study used the design and development research approach. There were three study phases: (i) needs analysis conducted through surveys with individuals with BC; (ii) e-health video design and development integrating healthcare professionals’ insights using the nominal group technique and in-depth interviews with individuals with BC; and (iii) evaluation of the intervention effectiveness with a quasi-experimental design. The primary outcomes included help-seeking intentions and behaviours, while the secondary outcomes were mental health literacy, self-stigma and attitudes towards help-seeking. This protocol outlined a multi-phase approach to developing and evaluating an e-health intervention to support mental health of individuals with BC. The resulting intervention could significantly influence clinical practice and health policy by addressing the mental health needs of individuals with BC across the multicultural Malaysian population. Additionally, the methodology could be a model for developing similar interventions for other chronic illnesses and contribute to the broader field of e-health and patient-centered care.
Keywords :
Consensus development; needs assessment; program evaluation; psychological distress,
Abstrak
Individu yang menghidap kanser payudara sering mengalami tekanan psikologi, tetapi sering kali tidak memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan sokongan kesihatan mental. Intervensi e-kesihatan berpotensi meningkatkan akses dan penglibatan dengan menggunakan perkhidmatan kesihatan mental. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menilai intervensi video e-kesihatan berasaskan bukti yang direka untuk meningkatkan niat dan tingkah laku mencari bantuan kesihatan mental dalam kalangan penghidap kanser payudara di Malaysia. Kajian ini akan menggunakan pendekatan penyelidikan reka bentuk dan pembangunan yang melibatkan tiga fasa kajian iaitu (i) analisis keperluan yang dijalankan melalui tinjauan keratan rentas dengan individu yang menghidap kanser payudara; (ii) reka bentuk dan pembangunan video e-kesihatan yang menggabungkan pandangan profesional kesihatan menggunakan teknik kumpulan nominal dan temubual mendalam dengan individu yang menghidap kanser payudara; dan (iii) penilaian keberkesanan intervensi menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen. Hasil utama kajian ini merangkumi niat dan tingkah laku mencari bantuan, manakala hasil kedua ialah celik kesihatan mental, stigma diri dan sikap terhadap pencarian bantuan. Protokol ini menggariskan pendekatan pelbagai fasa dalam membangunkan dan menilai intervensi e-kesihatan yang bertujuan untuk menambahbaik kesihatan mental individu yang menghidap kanser payudara. Intervensi yang dihasilkan boleh mempengaruhi amalan klinikal dan dasar kesihatan dalam menangani keperluan kesihatan mental di Malaysia. Selain itu, kaedah ini boleh dijadikan model untuk membangunkan intervensi serupa bagi penyakit kronik lain sekaligus menyumbang kepada kemajuan e-kesihatan serta penjagaan pesakit secara keseluruhan.
Kata Kunci :
Pembangunan konsensus; penilaian keperluan; penilaian program; tekanan psikologi,
Correspondance Address
Azmawati Mohammed Nawi. Department of Public Health Medicine, Faculty of Medicine, Universiti Kebangsaan Malaysia, Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia. Tel: +603-91458780 Email: azmawati@hctm.ukm.edu.my