Abstrak
Ini adalah siri laporan kes penanggalan membran descemet berkaitan dengan pembedahan katarak di sebuah hospital tertiari di Kuala Lumpur. Kes pertama melibatkan penanggalan membran descemet disebabkan oleh pembedahan katarak yang berjaya dikesan semasa pembedahan dan dirawat awal dengan hasil yang baik. Kes 2 dan kes 3 menggambarkan penanggalan membran descemet boleh hadir dengan penampilan luar biasa yang pada awalnya tidak dapat dikesan. Laporan ini menunjukkan penggunaan imbasan bahagian hadapan mata (ASOCT) bagi membantu dalam mengenalpasti diagnosis yang tepat dalam kes penanggalan membran descemet. Melalui pengalaman pakar kornea mata, diagnosis kes penanggalan membran descemet boleh dipastikan dengan bantuan ASOCT. Rawatan telah diberikan dan berjaya menyembuhkan edema pada kornea serta pemulihan pada tahap penglihatan. Siri kes ini menunjukkan kepentingan catatan pembedahan yang tepat dan keperluan yang tinggi untuk menjangkakan penanggalan membran descemet pada kes pembedahan katarak yang hadir dengan edema kornea. ASOCT merupakan alat yang sungguh berkesan bagi memastikan penanggalan membran descemet dan keberkesananan rawatan.
Kata Kunci :
kornea edema,
membran descemet,
pembedahan katarak,
pembedahan pemindahan membran descemet,