Abstrak
Pengerasan pada koklea sebelum ini adalah kontra indikasi relatif bagi pembedahan implan koklea. Ini disebabkan oleh kesulitan untuk memasukkan elektrod dengan selamat ke dalam koklea. Akibatnya elektrod atau bahagian telinga dalam berkemungkinan akan rosak. Tambahan pula osifikasi pada skala timpani akan menghadkan bilangan elektrod yang masuk ke dalam koklea. Keberkesanan implan koklea dipertikaikan disebabkan kemungkinan jumlah aliran elektrik yang tinggi diperlukan di dalam koklea yang telah mengalami pengerasan. Di dalam kes ini juga jumlah sel neuron tidak diketahui. Ini semua mungkin akan menyebabkan kesulitan pada prosedur pembedahan dan memberi kesan pada hasil jangka masa panjang. Walaubagimanapun sekarang ini pembedahan implan koklea dapat dilakukan pada koklea yang telah mengalami osifikasi bergantung kepada pengalaman doktor pakar bedah. Disini kami melapurkan bahawa pembedahan implan koklea adalah selamat dijalankan pada koklea yang telah mengalami pengerasan.
Kata Kunci :
kepekakan sensorineural,
labrintitis osifikan,
pembedahan implan koklea,