Breast Feeding Practice and Knowledge among Mothers Attending an Urban Malaysian Maternal and Child Health Clinic
Mothers’ Breast Feeding Practice & Knowledge
Abstract
The advantages of breastfeeding have been well established. The objective of this study was to determine the practice and knowledge of breastfeeding in an urban community and identify the influencing factors. This is a cross-sectional study. All mothers attending the Maternal and Child Health Clinic during the study period, who fulfilled the selection criteria, were included in the study. The mothers were interviewed using a self administered questionnaire. A total of 162 mothers participated in the study. The prevalence of initiating breastfeeding during the first week after childbirth was 93.8%. Breastfeeding was found to be higher among Malay mothers (p value <0.001). Mother’s education level, employment status, husband’s occupation, family income and attending antenatal classes did not show significant association with breastfeeding practice. Influence from significant family members was found to be an important factor towards encouragement of breastfeeding. Overall, the mother’s knowledge on breastfeeding was fairly good. However, more than half (58.6%) did not know that they should continue breastfeeding even if the mother or the baby were sick. More than 20% of the mothers were still ignorant regarding ‘lactational amenorrhoea’, breast milk protection against allergy and that nipple soreness is common when breastfeeding. Approximately 15% of the mothers were not aware that breast milk is better than formula milk. In conclusion, although the mother’s knowledge on breastfeeding was fairly adequate, misconception in certain areas of breastfeeding needs correction.
Keywords :
antenatal class,
Breastfeeding,
knowledge,
practice,
Abstrak
Kelebihan penyusuan ibu telah pun lama terbukti. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti amalan dan pengetahuan penyusuan ibu di dalam komuniti di dalam bandar dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Ini adalah kajian irisan lintang. Kesemua ibu-ibu yang memenuhi kriteria pemilihan dan menghadiri Klinik Kesihatan Ibu dan Anak di Cheras sepanjang tempoh kajian ini dimasukkan ke dalam kajian. Ibu-ibu tersebut dikehendaki menjawab soal selidik yang diberi. Seramai 162 ibu telah mengambil bahagian di dalam kajian ini. Didapati prevalen penyusuan ibu dalam minggu pertama selepas bersalin adalah 93.8%. Kajian ini mendapati penyusuan ibu adalah lebih tinggi di kalangan ibu Melayu (p<0.001). Tahap pendidikan ibu, status perkerjaan, perkerjaan suami, pendapatan keluarga dan kelas antenatal tidak mempunyai hubungan yang bermakna dengan amalan penyusuan ibu. Walaubagaimanapun, pengaruh daripada ahli keluarga utama didapati menjadi faktor penting dalam memberi galakan kepada penyusuan ibu. Secara menyeluruh, pengetahuan mengenai penyusuan ibu adalah baik, tetapi lebih daripada separuh responden (58.6%) tidak tahu bahawa mereka perlu meneruskan penyusuan ibu jikalau ibu ataupun anak jatuh sakit. Kajian ini menemui bahawa lebih daripada 20% responden masih tidak tahu mengenai ‘lactational amenorrhoea’ (tiada haid disebabkan penyusuan ibu), ‘susu ibu melindungi bayi daripada alahan’ dan ‘luka pada puting adalah satu kebiasaan dalam penyusuan ibu’. Lebih kurang 15% daripada ibu-ibu masih tidak tahu bahawa susu ibu adalah lebih baik daripada susu formula. Kesimpulannya, walaupun prevalen inisiasi penyusuan ibu adalah tinggi di kalangan ibu-ibu, masih terdapat tanggapan-tanggapan yang salah yang perlu diperbetulkan.
Kata Kunci :
Amalan,
kelas antenatal,
pengetahuan,
Penyusuan Ibu,
Correspondance Address
Assoc Prof Dr Khairani Omar, Department of Family Medicine, Faculty of Medicine, Universiti Kebangsaan Malaysia, Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur. Tel: 603-91455555. Fax: 603-91738153. Email: khairani@ppukm.ukm.my