Abstrak
Biasanya, implant Ozurdex® jarang bergerak dari ruang vitreus ke depan melalui anak mata. Fenomena ini lebih kerap dijumpai dalam pesakit yang tiada kanta mata (aphakic) atau mereka yang telah mengalami operasi katarak tetapi dengan pemegang kanta mata yang longgar (zonular dehiscence). Kami melaporkan satu kes yang mempunyai bengkak di bahagian macula disebabkan kencing manis yang tidak terkawal dan mengalami penghijrahan implant Ozurdex® ke depan mata. Penghijrahan implant Ozurdex® ke ruang depan kanta mata (anterior chamber) boleh dirawat sama ada dengan meletakkan semula implant itu ke lokasi yang asal, iaitu ruang vitreus, atau mengeluarkannya dari mata pesakit melalui bukaan kecil di bahagian kornea untuk mengelakkan komplikasi yang bakal berlaku. Walau bagaimanapun, implant ini adalah rapuh terutamanya setelah beberapa minggu berada di dalam mata pesakit. Oleh itu, cubaan untuk memegang atau menyentuh implant Ozurdex® boleh menyebabkan ia patah kepada cebisan yang lagi halus, menyebarkannya dan lagi mencabar untuk mengeluarkannya. Laporan ini menujukkan teknik yang mudah, cepat dan efisien untuk mengeluarkan implant Ozurdex® yang berada di bahagian anterior chamber dengan menggunakan brannula yang telah diubahsuai.
Kata Kunci :
Dexamethasone,
pembedahan oftalmologi,
penyingkiran peralatan,
prosedur,
suntikan intravitreus,