Share |

Validity and Reliability of an Adapted Questionnaire Measuring Acceptance of Traditional Chinese Medicine among Cancer Patients

Original article

Abstrak

Penerimaan rawatan perubatan tradisional cina (TCM) adalah amat penting dalam meningkatkan keberkesanan rawatan, mengurangkan kesan sampingan selepas rawatan kanser, meningkatkan prognosis dan kadar survival pesakit kanser. Namun begitu, instrument kajian yang disahkan untuk menilai penerimaan rawatan TCM di Malaysia masih kurang. Kajian ini bertujuan untuk menilai kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik penerimaan rawatan TCM dengan menggunakan teori Tingkah Laku Terancang. Kajian ini dijalankan dalam dua fasa. Fasa pertama melibatkan pengesahan kandungan, soal selidik, adaptasi and kesahan muka daripada panel pakar dengan menggunakan “Survey Validation Rubric for Expert Panel” (VREP). Fasa kedua melibatkan kebolehpercayaan tinjauan dengan menggunakan Alpha Cronbach. Analisis kesahan fasa pertama memenuhi jangkaan dengan mendapat purata markah 3.33 daripada panel pakar. Pada fasa kedua, 78 pesakit kanser telah dimasukkan dalam analisis kebolehpercayaan. Analisis kebolehpercayaan untuk empat konstruk telah mencapai nilai Alpha Cronbach >0.8 yang menunjukkan kebolehpercayaan soal selidik yang baik. Hasil kajian mendapati soal selidik penerimaan TCM ialah instrumen yang boleh diguna pakai untuk menilai penerimaan rawatan TCM dalam kalangan pesakit kanser.

Abstract

Acceptance of traditional chinese medicine (TCM) treatment is important in cancer patients to improve treatment efficacy, reduce side effects and prolong prognosis and survival rate. However, such studies and validated instruments that assess the acceptance of TCM treatment in Malaysia are limited. This study aimed to evaluate the validity and reliability of the acceptance of the TCM treatment questionnaire based on applying the Theory of Planned Behaviour. The validation study was conducted in two phases. The first phase included content validation, adaptation and face validity using the Survey Validation Rubric for Expert Panel (VREP). The second phase included construct reliability by using Cronbach alpha. The first phase validation of the questionnaire met expectations from the experts’ panel with a score of 3.33. In phase two, 78 patients were included in the analysis. All constructs achieved a Cronbach Alpha >0.8, showing good reliability of the questionnaire. This study demonstrated good validity and reliability of the major constructs in the acceptance of the TCM questionnaire. Our results showed that the acceptance of the TCM questionnaire was a reliable instrument that could be applied to evaluate the acceptance of TCM treatment among cancer patients.