Share |

Traumatic Small Bowel Injury: A Diagnosis Challenge

Case report

Abstrak

Kecederaan usus kecil adalah komplikasi yang jarang berlaku berikutan trauma bahagian abdomen yang tumpul. Kami menghadapi kes kecederaan usus kecil berikutan kemalangan kenderaan bermotor yang pada mulanya terlepas pandang semasa pemeriksaan pertama kerana tiada penemuan luar biasa dalam pemeriksaan. Pesakit telah kembali lima hari kemudian dengan iskemia usus dan diuruskan dengan sewajarnya. Ini adalah satu cabaran dalam mendiagnosis kecederaan kerana simptom awal yang tidak jelas. Imbasan 'Penilaian Berfokus dengan Sonografi untuk Trauma' (FAST) digunakan sebagai alat saringan di Jabatan Kecemasan untuk mengenalpasti kecederaan abdomen mempunyai batasan, terutamanya dalam mendiagnosis perforasi usus kecil setelah trauma tumpul. Fasa awal kecederaan usus kecil selepas trauma abdomen tumpul jarang memperlihatkan cecair bebas yang ketara semasa imbasan sonografi FAST. Adalah mustahak bagi doktor kecemasan untuk mempunyai kecurigaan yang tinggi dalam kes berisiko tinggi untuk memberikan rawatan sokongan dan rujukan awal kepada pasukan pembedahan. Ini adalah kerana penangguhan rawatan akan menyebabkan komplikasi yang serius yang akan memberi kesan kepada morbiditi dan mortaliti pesakit. Kesimpulannya, setiap kes perlu ditentukan secara berasingan untuk menentukan pengimejan yang sesuai. Tomografi komputer (CT) pada bahagian abdomen adalah kajian lyang ebih superior berbanding dengan imbasan sonografi dan perlu dikalukan kepada pesakit dengan indeks kecederaan yang tinggi.

Abstract

Traumatic small bowel injury is rare complication following a blunt abdominal trauma. We encountered a case of small bowel injury following a motor vehicle accident that was initially missed during the first presentation due to unremarkable findings in examination. Patient re-presented five days later with bowel ischaemia and was managed accordingly. It is a challenge in diagnosing the injury due to its vague presentation. The usage of Focused Assessment with Sonography for Trauma (FAST) scan as a screening tool in Emergency Department to pick up intra-abdominal injury do have limitations especially in diagnosing small bowel perforation post blunt abdominal trauma. The early phase of small bowel injury post blunt abdominal trauma rarely produces significant free fluid during the FAST scan. It is paramount for the emergency doctors to have a high level of suspicion in high risk cases to provide early supportive treatment and early referral to surgical team. If left undiagnosed bowel ischaemia may lead to catastrophic complication affecting the patient’s morbidity and mortality. In conclusion, each case should be managed and risk stratify individually. Computed tomography abdomen is found to be more superior in detecting bowel injuries, hence, and investigation of choice compared to bedside ultrasonograpy in cases with high level of suspicaion.