Share |

Stature Estimation from Dry Bone and Radiographic Clavicular Measurements in A Thai Population

Original article

Abstrak

Perawakan merupakan salah satu ciri biologi utama yang berguna dalam pengelasan rangka si mati yang belum dikenalpasti. Malah, data tepat dari populasi adalah penting dalam kerangkaan antroplogi forensik. Namun begitu, kajian mengenai tajuk ini adalah terhad disebabkan tumpuan biasanya diberikan kepada “long bones”. Kajian ini cuba mewujudkan persamaan (equation) mengenai anggaran perawakan daripada ukuran tulang klavikular kering dan radiografi. Kedua-dua belah tulang klavikular dari si mati perempuan (25) dan lelaki (112) diasingkan di sebuah bilik autopsi di Bangkok, Thailand. Dua belas pembolehubah diukur bagi setiap sisi tulang. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa ketinggian dapat ditentukan dengan menggunakan 3 pembolehubah dalam sebuah model analisis regresi bertahap bagi mayat yang jantinanya belum dikenalpasti, dengan R2 = 0.49 serta ralat piawai anggaran (SEE) 5.238 cm. Malah, ketinggian hujung sternal tulang klavikular boleh diguna pakai bagi menganggar perawakan bagi kes yang melibatkan serpihan tulang klavikal yang dijumpai di tempat kejadian (R2 = 0.238 dan SEE 6.353 cm). Panjang maksimum  dari pengukuran radiografi menujukkan korelasi serta “model fit” yang terbaik dengan perawakan (R = 0.562, R2 = 0.316 dan SEE 6.020 cm). Hasil kajian ini menujukkan teknik yang komplementari dan berguna kepada pakar forensik antropologi untuk menghasilkan profil biologi bagi kerangka mayat yang belum dikenalpasti dalam kes dimana “long bones” tidak dijumpai. Tambahan pula, penganggaran perawakan daripada ukuran radiografi mampu diguna pakai dalam kes yang melibatkan “skeketonisation” separa. 

Abstract

Stature is one of the main biological features which can be used to classify unidentified skeletal deceased. Also, precise population data is crucial for forensic anthropology frameworks. Nonetheless, the studies concerning this subject in Thailand are limited and regularly focus on long bones. This study attempts to establish stature estimation equations from clavicular dry bone and radiographic measurements. Both sides of the clavicular bones are separated from 25 female and 112 male deceased in an autopsy room situated in Bangkok, Thailand. Twelve variables of each side of the clavicle are measured. The study outcomes show that stature can be estimated by applying 3 variables in a stepwise regression analysis model in unidentified sex remains, with R2 = 0.49 and standard error of estimation (SEE) 5.238 cm. Moreover, the height of the sternal end of clavicle bones can be used to estimate stature in cases of fragmented clavicles recovered from crime scenes with R2 = 0.238 and SEE 6.353 cm. Maximum length shows the best correlation and model fit with stature (R = 0.562, R2 = 0.316 and SEE 6.020 cm) from radiographic measurements. Therefore, this study presents a complementary, beneficial method for forensic anthropologists to create biological profiles of unidentified skeletal remains in cases where the long bones are not obtainable. Moreover, stature estimation from radiographic measurements can be applied in cases of partial skeletonisation.