Share |

The Significance of Phytochemicals on Periodontal Health

Review article

Abstrak

Penyakit periodontal adalah penyakit inflamasi tisu sokongan gigi yang menjejaskan hampir 90% penduduk di seluruh dunia. Rawatan penyakit periodontal melibatkan terapi mekanikal, pembedahan, dan pemberian antibiotik. Kos rawatan yang tinggi dan rintangan bakteria terhadap rejim antibiotik tertentu telah menyebabkan pencarian rawatan alternatif untuk mengatasi penyakit ini dengan kos yang lebih efektif dan kurang kesan sampingan. Produk semulajadi telah terbukti menjadi sumber penting dalam membangunkan ubat moden untuk menggalakkan kesihatan umum. Ekstrak tumbuhan herba telah digunakan secara meluas dalam kesihatan mulut terutamanya untuk mencegah pengumpulan plak bakteria dan karies gigi. Dalam penyakit periodontal, beberapa kajian telah mendokumenkan bahawa ekstrak tumbuhan herba berpotensi untuk mencegah dan merawat periodontitis melalui bahan aktif ekstrak tumbuhan yang berkaitan dengan sifat antimikrobial, anti-inflamasi dan anti-oksidan. Sumber-sumber untuk mendapatkan herba adalah ekonomik dan mudah untuk dihasilkan serta dipasarkan. Sesetengah herba telah dipasarkan untuk penggunaan awam dalam bentuk ubat gigi dan kumur mulut. Kajian ini adalah satu usaha untuk menggariskan kepentingan herba dalam  menyediakan ubat-ubatan berpotensi yang berkesan dan ekonomik untuk penyakit periodontal dan kepentingan untuk penyelidikan klinikal selanjutnya pada masa akan datang.

Abstract

Periodontal disease is an inflammatory disorder of tooth-supporting tissues that affects almost 90% of the population worldwide. The treatment of periodontal disease involved mechanical therapy, surgery, and administration of antibiotics. The high cost of the treatment and bacterial resistance to certain antibiotics regime has led to the search for the alternative treatment to overcome the disease at less cost and side effects. Natural products had been proven to be an important source in developing modern medicine to promote general health. Herbal plant extracts had been widely used in oral health particularly to prevent bacterial plaque adherence and dental caries. In periodontal disease, several studies and reviews have documented that herbal plant extracts had the potential to prevent and treat periodontitis through their active ingredients associated with antimicrobials, anti-inflammatory, and anti-oxidant properties. The sources to obtain the herbs are readily available and economical to produce in the market. Some of the herbs had been marketed for public uses in the form of toothpaste and mouth rinses. This review is an attempt to outline the importance of herbal medicine to provide potential effective and economical medicaments for periodontal disease and its significance for further clinical research in the future.