Share |

Retrospective Review of Facial Nerve Schwannomas: The Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre Experience

Original article

Abstrak

Schwannoma saraf kranial ke VII (fasial) merupakan ketumbuhan yang perlahan tum­besarannya dan jarang berlaku, yang terhasil dari sel Schwann pada neurilemma. Ka­jian retrospektif ke atas 6 pesakit yang didiagnosa dengan Schwannoma saraf kranial fasial antara tahun 1998 dan 2008 telah dijalankan. Kajian menunjukkan 3 pesakit adalah perempuan dan selebihnya lelaki. Purata umur mereka adalah 42 tahun (dari 19 hingga 66 tahun). Ketumbuhan tersebut berasal dari bahagian  kanal auditori inter­nal (2 pesakit), intra-temporal (3 pesakit) dan intraparotid (1pesakit). Kesemua ketum­buhan tersebut telah dibedah dengan jayanya dan kesinambungan saraf kranial fasial dapat dikekalkan dalam 2 pesakit. Kajian menunjukkan bahawa gejala Schwannoma saraf kranial fasial boleh menyerupai ketumbuhan jenis lain yang melibatkan bahagian saraf kranial fasial yang sama. Pakar bedah mesti sentiasa peka dengan kewujudan­nya terutamanya bila pesakit datang dengan gejala kelemahan saraf fasial yang pro­gresif. Pesakit pula sentiasa perlu diberitahu mengenai kemungkinan komplikasi saraf fasial lumpuh kerana diagnosa Schwannoma saraf kranial fasial hanya dapat dikenal­pasti semasa waktu pembedahan.

Abstract

Facial nerve schwannoma is a rare slow growing benign tumour which arises from the Schwann cell of the neurilemma. A retrospective review of 6 patients who had been diagnosed with facial nerve schwannoma between 1998 and 2008 was conducted. There was equal distribution of male and female patients. The mean age was 42 years (range 19 to 66 years). The tumour originated in the internal auditory canal (2 pa­tients), intra-temporal (3 patients) and intraparotid (1 patient) segments of the facial nerve.  All tumours were successfully removed and facial nerve continuity was pre­served in 2 cases. The presenting symptoms of facial nerve schwannoma are non specific and dependent on the site of tumour origin. It is a great mimicker of other le­sions that can present at the same location. The surgeon should have a high index of suspicion when patients present with progressive facial nerve palsy. Patients should always be counselled regarding risk of facial paralysis because the diagnosis of facial nerve schwannoma is often confirmed intra-operatively.