Share |

Recollections Expressed by Mechanically Ventilated Patients of Intensive Care Unit (ICU), Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)

Original article

Abstrak

Pesakit yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Intensif berkemungkinan melalui pengalaman yang tidak menyenangkan. Pengalaman ini termasuk dalam bentuk insiden-insiden berfakta dan juga gangguan ingatan terhadap persekitaran dalam unit, sebagai contohnya, kerap bermimpi, halusinasi dan pengalaman yang menakutkan. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti pengalaman yang dilalui pesakit ketika mereka dirawat dengan bantuan pernafasan mekanikal di ICU HUKM. Kajian yang berbentuk irisan rentas ini menggunakan soalselidik pengalaman rawatan intensif “Intensive Care Experience Questionnaire” yang mengandungi empat domain: kepekaan terhadap keadaan sekeliling, pengalaman yang menakutkan, pengingatan semula pengalaman dan kepuasan terhadap jagarawatan. Seramai 45 responden yang di unit rawatan intensif (ICU) memenuhi kiteria yang telah ditetapkan menyertai kajian ini. Kajian ini telah dijalankan di ICU HUKM dari Januari 2006 hingga Mac 2006. Kajian menunjukkan bahawa 20 responden (44%) adalah peka terhadap persekitaran mereka, 31 responden (69%) melaporkan pengalaman yang menakutkan. Kebanyakan responden, 43 (96%) berpuas hati dengan jaga-rawatan. Terdapat kolerasi yang positif antara kepekaan terhadap persekitaran dengan keupayaan responden untuk mengingat semula pengalaman (p<0.05). Kepekaan pesakit terhadap persekitaran merupakan faktor sumbangan yang signifikan dalam menjangka keupayaan pesakit untuk mengingat kembali pengalaman semasa di ICU dengan nilai pekali beta  0.353 dan p<0.05. Hasil kajian ini membolehkan jururawat memperlihatkan keperluan pesakit yang bernafas dengan bantuan mekanikal daripada maklumat pesakit. Pesakit melaporkan frustasi dalam usaha mereka untuk menyuarakan laporan pengalaman yang tidak menyenangkan masing-masing. Informasi ini memperihalkan paras frustasi sebenar yang dialami oleh pesakit apabila mereka ingin menyuarakan diri semasa dibantu oleh alat pernafasan mekanikal.

Abstract

Ventilated patients who require intensive care unit (ICU) treatment may encounter unpleasant experiences. These experiences may include factual incidents and delusional memories of ICU such as dreams, hallucinations and frightening experiences. A cross sectional study using “Intensive Care Experience Questionnaire” consisted of four domains: awareness of surrounding, frightening experiences, recall of experience and satisfaction with nursing care. Forty five participants who fulfilled the inclusion criteria were recruited in this study. This study was conducted in ICU of HUKM from January to March 2006. Results showed that 20 respondents (44%) were aware of their surrounding and 31 respondents (69%) reported frightening experiences. Majority of respondents (43 respondents, 96%) reported satisfaction with the delivery of nursing care. There was positive correlation between awareness of surrounding and their abilities to recall their experiences (p<0.05). Patients’ awareness of surrounding achieved the strongest statistical significance as a contribution to the prediction of their abilities to recall their experiences with beta coefficient value of 0.353 and p<0.05. The finding of this study permits nurses to see the problems of mechanically ventilated patients through reports of unpleasant recollections by the patients themselves. Patients reported frustrations in their attempts to make their needs known. Although they are on sedation, they are aware of all unpleasant events occurring in the ICU