Share |

A Rare Case of Scrotal Basal Cell Carcinoma in the Presence of Metastatic Squamous Cell Carcinoma of the External Auditory Meatus and its Management Strategy

Case report

Abstrak

Penyakit kanser sel basal (KSB) di bahagian skrotum jarang ditemui dan punca ia berlaku tidak difahami dengan baik. KSB yang tumbuh di skrotum ini dikatakan lebih agresif dan mempunyai kebolehan merebak yang lebih tinggi daripada KSB kawasan-kawasan lain. Rawatan utama untuk KSB peringkat awal di skrotum adalah pembedahan, manakala untuk peringkat lanjut di mana penyakit telah merebak, ia perlu dikawal dengan rawatan kemoterapi. Satu keadaan klinikal yang luar biasa di mana KSB skrotum berlaku serentak dengan kanser yang lain tidak pernah dilaporkan. Kes ini mengisahkan cabaran diagnostik dan rawatan kerana KSB skrotum dan kanser sel squamous (KSS) berlaku pada waktu yang sama. Seorang lelaki berusia 70 tahun mengadu wujudnya ulser di skrotum beliau yang tidak sembuh selama lebih setahun. Pada ketika itu, beliau sedang disiasat kerana mengalami penyakit KSS di telinga yang berada di peringkat lanjut. Ulser di skrotum itu pada mulanya dianggap sebagai KSS yang telah merebak ke situ. Ia kemudiannya didapati penyakit KSB dengan biopsi dan pemeriksaan histopatologi. Beliau menjalani pembedahan untuk membuang ulser di skrotum dan diikuti dengan kemoterapi paliatif menggunakan cisplatin dan radioterapi ke atas kumpulan-kumpulan limpa yang dijangkiti KSS. Enam bulan selepas tamatnya rawatan paliatif, beliau kekal sihat dan tidak mempunyai apa-apa kesan KSB berulang di skrotum. Rawatan pembedahan bersama dengan kemoterapi dan radioterapi paliatif dapat memberi kualiti hidup yang baik untuk pesakit yang ditimpa KSB skrotum dan KSS peringkat lanjut.

Abstract

Basal  cell  carcinoma  (BCC)  of  the  scrotum  is  uncommon  and  its  pathogenesis  is not well understood. The clinical behaviour of scrotal BCC is thought to be more aggressive  and  has  a  higher  metastatic  potential  than  BCC  of  other  regions.  The mainstay  of  treatment  for  localized  scrotal  BCC  is  wide  local  excision,  while metastatic disease may need systemic chemotherapy for palliative control. A rare clinical  scenario  of  scrotal  BCC  presenting  concurrently  with  another  metastatic cancer has never been reported. The present case illustrates the diagnostic challenge and management dilemma due to simultaneous presentation of scrotal BCC and metastatic  squamous  cell  carcinoma  (SCC).  A  70-year-old  man  complained  of  a non-healing scrotal ulcer while he was being investigated for metastatic squamous cell  carcinoma  (SCC)  of  the  external  auditory  meatus.  The  scrotal  lesion  was initially  thought  to  be  metastatic  SCC.  It  was  later  confirmed  to  be  BCC  with biopsy and histopathological examination. He underwent surgical resection of the scrotal  BCC  for  local  control  followed  by  palliative  chemotherapy  with  cisplatin and radiotherapy for lymph node metastases. He remained well and did not have any local recurrence following 6 months after palliative treatment. Surgery coupled with palliative chemoradiation can offer good quality of life for patients with scrotal BCC and concurrent metastatic SCC.