Share |

Psychological Disorders and Help Seeking Behaviour among Malaysian Medical Students in Their Clinical Years

Original article

Abstrak

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui tahap kemurungan, keresahan dan tekanan dikalangan pelajar perubatan tahun klinikal Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan perlakuan mencari bantuan berdasarkan aspek psikologikal para pelajar. Satu kajian hirisan telah diadakan di Pusat Perubatan UKM selama tiga bulan. Responden kajian adalah terdiri dari para pelajar tahun tiga, empat dan lima melalui sampel sebanding. Pelajar diberikan borang soal selidik, yang mengandungi demografik sosial, ‘Depression, Anxiety and Stress Scale 21’ versi Bahasa Malaysia (BM-DASS 21) dan juga soalan mengenai tabiat meminta pertolongan. Penilaian psikometrik menganggarkan tahap kemurungan, keresahan dan tekanan di kalangan prasiswazah. Manakala soalan mengenai tabiat meminta pertolongan menilai kegunaan fasiliti perubatan dan sumber bantuan yang lain. Sejumlah 350 para pelajar telah mengambil bahagian didalam kajian ini. Seramai 1.3% dari mereka dikesan berkemungkinan menghadapi kemurungan, 2.4% mengalami keresahan dan 2.4% merasa tertekan. Majoriti pelajar lebih suka meminta bantuan daripada rakan (283;74.5%) diikuti dengan ibubapa (275; 72.4%). Terdapat hubungkait yang signifikan di antara para pelajar yang mengalami keresahan dengan tabiat meminta bantuan daripada sumber yang formal seperti kaunselor (p=0.001) dan pegawai agama (p=0.03). Kesimpulannya, ia adalah penting untuk meningkatkan tahap kesedaran para pelajar berkenaan gangguan psikologi dan program saringan yang efisien patut diguna pakai untuk mengenalpasti pelajar yang berkemungkinan mengalami gangguan psikologi.

Abstract

The present study is to determine the level of depression, anxiety and stress among Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) clinical year medical students and their help seeking behaviour in relation to their psychological aspect. A cross-sectional study was conducted in UKM Medical Centre for three months duration. The study population was the third, fourth and fifth year medical students via proportional sampling. They were given questionnaires consisting of socio-demographic items, Depression, Anxiety and Stress Scale 21 – Bahasa Malaysia version BM-DASS21 and questions regarding help-seeking behaviors. Psychometric assessment (BM-DASS21) estimated the level of depression, anxiety and stress among medical students. Help-seeking behavior questions assessed the use of medical facilities and other help-seeking sources. Regarding questions on the barriers towards seeking help from the primary health-care, three parts were evaluated: structural barriers, barriers towards perceptions on mental-health disorder and barriers towards use of primary health-care services. There were 380 medical students who were involved in this research. It was found that some students experienced depression (1.3%), anxiety (2.4%) and stress (2.4%). Majority of them preferred to seek help from friends (283; 74.5%) followed by parents (275; 72.4%). There was a significant association between students who were anxious and help seeking behaviour from formal sources: counselor (p=0.001) and religious personnel (p=0.03). Hence, it is essential to increase their awareness on psychological disorders and more efficient screening programme should be used to recognize medical students with possible emotional disorders.