Share |

Prevalence of Human Papillomavirus Genotypes in Preinvasive and Invasive Cervical Cancer-A UKM Study

Original article

Abstrak

Satu kajian hirisan lintang telah dilaksanakan bertujuan mengenalpasti prevalens dan distribusi genotip virus papiloma manusia (HPV) di kalangan pesakit prakanser (neoplasia intraepitelial serviks gred 3 atau CIN 3) dan kanser serviks invasif (ICC), di Pusat Perubatan UKM (PPUKM). Blok tisu benaman parafin dari tahun 1999 ke 2007 dikenalpasti dari Jabatan Patologi, PPUKM. Sebanyak 80 rekod perubatan (20 CIN 3  dan 60 ICC) dengan informasi lengkap telah dikumpul untuk data klinikopatologi. Dari kanser invasif (n=60), karsinoma sel skuamus (SCC) terdiri dari 75% dan adenokarsinoma 25%. Purata umur pesakit ialah  52.0 ± 12.21 tahun dan wanita Cina merupakan etnik yang tertinggi (66.3%). Sebanyak 12 jenis genotip HPV telah dikenalpasti iaitu HPV 16, 33, 18, 39, 52, 45, 58, 59, 31, 35, 6 dan 11. Prevalens infeksi HPV ialah setinggi 92.5% dengan genotip 16 yang paling kerap ditemui (73.8%), diikuti dengan genotip 33 (30%) dan genotip 18 (22.5%). Sebanyak 31 kes (38.8%) menunjukkan kehadiran satu jenis genotip HPV sahaja, manakala 44 (53.8%) menunjukkan kehadiran genotip HPV berganda (dua genotip atau lebih). Pada ICC, HPV 16, 33, 18, 52 dan 39 merupakan lima jenis HPV yang paling kerap ditemui. Infeksi HPV yang tinggi dan infeksi berganda merupakan perkara utama ditemui pada lesi CIN 3 dan kanser serviks.

Abstract

A cross sectional study was done to determine the prevalence and distribution of human papillomavirus (HPV) genotypes in pre-invasive (cervical intraepithelial neoplasia, grade 3 or CIN 3) and invasive cervical cancer (ICC), in Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre (UKMMC). A total of 80 paraffin-embedded tumour tissue blocks (20 CIN 3, 60 invasive cancers) between 1999 to 2007 were retrieved from the archives of the Department of Pathology.  Patient’s medical records were obtained from the Medical Records Office. Among invasive cancers (n=60), squamous cell carcinoma (SCC) account for 75% and adenocarcinoma 25%. The mean age of cases studied was 52.0 ± 12.2 years and Chinese was the predominant ethnicity (66.3%). Twelve HPV genotypes were identified, namely, HPV 16, 33, 18, 39, 52, 45, 58, 59, 31, 35, 6 and 11. The prevalence of HPV was 92.5% with types 16 being the most common (73.8%), followed by types 33 (30%) and 18 (22.5%). A total of 31 cases (38.8%) showed single HPV genotype, while 43 (53.8%) had multiple HPV (two genotypes or more) genotypes.  In ICC, HPV 16, followed by types 33, 18, 52 and 39 were the top five common HPV genotypes detected. High prevalence of HPV and multiple HPV infections were major findings among patients with pre-invasive and invasive cervical cancer.