Share |

Prevalence and Factors of Adherence to Post-Exposure Follow-up Among Sharps-Injured Healthcare Workers in a Government Hospital

Original article

Abstrak

Kepatuhan terhadap protokol temujanji pasca-pendedahan mencerminkan kesinambungan penjagaan dalam pengurusan kecederaan alatan tajam di kalangan kakitangan kesihatan (HCWs). Kajian ini bertujuan untuk menentukan prevalens kepatuhan terhadap temujanji pasca-pendedahan serta faktor-faktor yang berkaitan dengannya di hospital awam. Kajian keratan rentas ini telah dijalankan di Hospital Melaka, Malaysia. Semua 250 kes kecederaan alatan tajam yang dilaporkan di kalangan HCWs dipilih menerusi persampelan dalam tempoh lima tahun iaitu antara tahun 2013 hingga 2017. Data daripada Klinik Penyakit Berjangkit diekstrak dan dianalisa secara deskriptif melalui multivariat regresi logistik binari dengan menggunakan perisian IBM SPSS versi 22. Kakitangan kesihatan yang mengalami kecederaan alatan tajam kebanyakannya perempuan (64.4%) dengan median umur 26 (IQR 24 hingga 28) tahun,  mempunyai dua tahun atau lebih pengalaman (36.8%), mempunyai status negatif bagi HIV/HBV/HCV (68.4%) dan bukan paramedik (84.4%). Prevalens kepatuhan terhadap temujanji pula ialah 36.8%. Paramedik lebih mematuhi temu janji (56.4%) berbanding kumpulan bukan paramedik. Hanya jenis peranti (p=0.049) dan kategori pekerjaan (p=0.006) mempunyai perkaitan yang signifikan dalam kepatuhan terhadap temujanji. Paramedik mempunyai 2.66 kali ganda odds kepatuhan terhadap temujanji pasca-pendedahan berbanding dengan bukan paramedik (95%CI: 1.32, 5.36; p = 0.006) apabila dilaraskan berdasarkan jenis peranti. Berdasarkan kajian kami, paramedik menunjukkan contoh HCWs yang baik dengan prevalens kepatuhan lebih tinggi berbanding dengan bukan paramedik. Walau bagaimanapun, prevalens kepatuhan masih rendah secara keseluruhannya. Oleh itu, kajian lanjut bagi mencari faktor penentu kepatuhan dalam konteks persekitaran setempat sememangnya diperlukan.

Abstract

Adherence to post-exposure follow-up protocol reflects the continuity of care in managing sharps injuries among healthcare workers (HCWs). This study aimed to determine the prevalence of adherence to post-exposure follow-up and its associated factors in a public hospital. This cross-sectional study was conducted at Hospital Melaka, Malaysia. All 250 reported sharps injury cases among HCWs were conveniently sampled throughout the period of five years between 2013 to 2017. Data from the Infectious Disease Clinic were extracted and analysed descriptively via multivariate binary logistic regression using IBM SPSS version 22 software. Sharps-injured HCWs were predominantly female (64.4%) with a median age of 26 (IQR 24 to 28) years old, had two years or more of experience (36.8%), status was negative for HIV/HBV/HCV (68.4%) and non-paramedics (84.4%). The prevalence of adherence to follow-up was 36.8%. Paramedics were more adhere to follow-up (56.4%) than the non-paramedics group. The factors that were significantly associated with follow-up adherence were the type of device (p=0.049) and occupation category (p=0.006). Paramedics had 2.66 times the odds of adherence to post-exposure follow-up compared to non-paramedics (95%CI: 1.32, 5.36; p = 0.006) when adjusted for type of devices. Based on our study, paramedics showed a good example of HCWs with a higher prevalence of adherence as compared to non-paramedics. However, the overall prevalence of adherence was still low. Hence, further research on finding the determinants of adherence in a local setting is undoubtedly needed.