Share |

Perception of Firefighters on Risk of Exposure to Respiratory Health Hazard: A Qualitative Analysis in Malaysia

Original article

Abstrak

Anggota bomba terdedah kepada pelbagai bahan berbahaya disebabkan oleh pekerjaannya. Salah satu bahaya yang dihadapi adalah bahan kimia yang boleh mempengaruhi sistem pernafasan. Namun, hanya sedikit yang diketahui mengenai persepsi anggota bomba mengenai sumber pendedahan kepada bahan berbahaya kepada pernafasan terutama di Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka perspektif anggota bomba mengenai pendedahan bahan berbahaya pernafasan dan mengkaji kepatuhan terhadap penggunaan peralatan pelindung diri (PPE). Temubual mendalam dilakukan dikalangan 12 anggota bomba di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada bulan September 2020. Rakaman temu bual ditranskripsikan secara verbatim dan dianalisis secara tematik oleh penyelidik menggunakan perisian NVIVO 12. Kesemua peserta terdiri daripada bangsa Melayu, lelaki dan berkahwin. Pendedahan kepada bahan berbahaya pernafasan dari perspektif anggota bomba dapat dibahagikan kepada pekerjaan (pendedahan kepada asap akibat pemadam kebakaran, latihan kebakaran, demonstrasi pemadam kebakaran, ulang-alik ke tempat kerja, jentera bomba, bahan kimia dan debu) dan bukan pekerjaan (merokok). Anggota bomba menyedari kepentingan untuk memakai PPE, dan hakikat bahawa mereka tidak patuh kepada pemakaian PPE. Mereka juga mempunyai persepsi bahawa pemakaian PPE membebankan dan mereka tidak mempunyai cukup bekalan PPE. Pendidikan dan latihan perlu diperkukuhkan untuk memperkuat persepsi risiko, pengenalpastian bahaya dan penilaian risiko pendedahan bahan berbahaya. Prosedur operasi standard dan pemantauan yang ketat semasa tugasan anggota bomba adalah penting untuk mengurangkan pendedahan kepada bahan berbahaya dan meningkatkan pematuhan pemakaian PPE. Pengurusan inventori secara sistematik dan teliti penting untuk memastikan bekalan PPE mencukupi. Daripada analisa kualitatif, persepsi anggota bomba mengenai pendedahan bahan berbahaya pernafasan telah diperoleh, dan ia kini siap untuk kajian lebih lanjut.

Abstract

Firefighters are exposed to multiple occupational hazards, where one of the hazards is chemical hazard that can affect the respiratory system. However, little is known regarding the perception of firefighters on the source of exposure to respiratory hazards, particularly in Malaysia. This work aims to explore the firefighter’s perspective on respiratory hazard exposure and to examine the compliance of the use of personal protective equipment (PPE). In-depth interviews were employed among 12 firefighters at Fire and Rescue Department of Malaysia in September 2020. The interview recordings were transcribed verbatim and of thematic analysis done via the NVIVO 12 programme. All participants were Malay, male, and married. The respiratory hazard exposure perceived can be divided into occupational source (e.g. exposure to smoke from firefighting, fire training, firefight demonstration, commuting, firefight vehicles: chemicals and dust) and non-occupational source (e.g. smoking). Firefighter recognised both the importance of wearing PPE and the fact they are still not compliant in wearing it. They also perceived wearing PPE as burden and having only a limited stock of PPE. Education and training need to be reinforced to strengthen firefighters’ risk perception, hazard identification, and risk assessment of hazards exposure. Strict standard operating procedure (SOP) and supervision during firefighters’ task is crucial to reduce hazard exposure and increase PPE compliance. Systematic and thorough inventory management is needed to ensure adequate PPE supply. Post qualitative analysis, the firefighters’ perception on respiratory hazard exposure was obtained, demonstrating that the analysis is ready for further study.